CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32419|Reply: 10

[Tempatan] Tak patuh manual prosedur punca sijil halal Alagappa Flour Mills ditarik - Jakim

[Copy link]
Post time 23-3-2024 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Tak patuh manual prosedur punca sijil halal Alagappa Flour Mills ditarik - Jakim
Oleh
NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA
23 Mac 2024 09:54am




SHAH ALAM - Penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi Syarikat Alagappa Flour Mills Sdn Bhd disebabkan ketidakpatuhan pihak syarikat terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata, status halal produk yang dikilangkan oleh syarikat sebelum 12 Mac 2024 tidak terjejas.

“Suka untuk diingatkan bahawa sesuatu produk yang tidak dipersijilkan halal atau tidak mempunyai SPHM bukan membawa maksud produk tersebut haram.

“Sekiranya satu-satu produk tersebut menerima SPHM maka ia pastinya telah memenuhi keperluan digariskan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan standard halal serta peraturan yang berkuat kuasa,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, amalan terbaik perlu dipraktikkan secara berterusan dalam membuat pemilihan produk atau perkhidmatan yang dipersjilkan halal kerana produk dan perkhidmatan dengan SPHM pasti halal, selamat serta lebih baik.

Susulan penarikan SPHM itu, Syarikat Alagappa Flour Mills menerusi laman sosial Facebook memuat naik satu hantaran yang memperjelaskan isu berkenaan.

Alagappa Flour Mills berkata, hal tersebut tiada sebarang kaitan dengan penggunaan mana-mana bahan mentah atau ramuan yang tercemar dengan bahan haram mahupun isu kebersihan.

“Pada peringkat awalnya, syarikat hanya dikenakan tindakan penggantungan sijil halal sahaja. Hal ini disebabkan oleh beberapa kesalahan teknikal yang tidak kritikal. Pihak syarikat diberi masa untuk melakukan penambahbaikan terhadap ketidakakuran tersebut.

“Bagaimanapun, disebabkan beberapa kekangan berkenaan tenaga kerja menyebabkan penambahbaikan dan penutupan laporan ketidakakuran tersebut tidak dapat ditutup dengan sempurna pada masa yang telah diperuntukkan sehingga menyebabkan sijil halal kami ditarik balik,” jelas kenyataan.

Susulan itu, Alagappa Flour Mills secara drastik telah memperkasa tenaga kerja syarikat khusus terhadap bahagian Eksekutif Halal, Jawatankuasa Halal Dalaman dan menubuhkan Alagappa’s Halal Department untuk menerajui segala hal ehwal berkaitan pengurusan halal syarikat.

Tambahnya, pihak syarikat juga telah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan pensijilan halal syarikat daripada pihak Jakim.

“Sekiranya tiada halangan, syarikat kami akan melalui proses audit semula selewat-lewatnya pada bulan Mac 2024 ini,” katanya.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak lagi pilihan lain..
Tak perlu nak mengadap rempah ni

Kedai2 mamak pasti terkesan kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2024 05:49 PM | Show all posts
Saya biasa beli rempah Adabi atau jenama keluaran bumiputera lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya bukan bahan yg tak halal ni...ni more to technical....
Mcm sedara aku penah nak amik jg..tgk ke pematuhannya tu tak mampu dia sbb dia perniagaan kampung je
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Halal exec nya yg certified xda ke?
Xda halal committee?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-3-2024 05:49 PM
Saya biasa beli rempah Adabi atau jenama keluaran bumiputera lain.

Rempah2 yg jual kt kmpung xda sijil halal pn
Label pn xda…balik kapung g pasor kabor je nk rempah kurma, kerutuk, gulai nasi dagang dpt bukngkus dlm plastik siap2 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-3-2024 07:08 PM | Show all posts
aechae replied at 23-3-2024 07:05 PM
Rempah2 yg jual kt kmpung xda sijil halal pn
Label pn xda…balik kapung g pasor kabor je nk  ...

Saya borong banyak rempah kampung masa balik raya tahun lepas. Tapi tak habis pun pakai
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-3-2024 05:49 PM
Saya biasa beli rempah Adabi atau jenama keluaran bumiputera lain.

Terbabas tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2024 07:09 PM | Show all posts
aechae replied at 23-3-2024 07:02 PM
Halal exec nya yg certified xda ke?
Xda halal committee?

Berapa banyak post nak kena create? No wonder la syarikat kecil tak mampu apply sijil halal jakim.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-3-2024 07:09 PM
Berapa banyak post nak kena create? No wonder la syarikat kecil tak mampu apply sijil halal jakim. ...

Klu Alagappa ni bkn IKS dh, so halal comitee min 4 org.. wajib ada halal exec yg ada cert dr HPB, muslim.. fail halal comitee yg wajib update, comitee tu komited ke x, ada meeting apa sume tu, training etc..

Klu IKS or comp kecik x sama dgn yg level SME n MNC.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku pakai rempah adabi.....
Pastu tukar babas....
Pastu terbeli alagappas ni..... Sedap dari dua yg diatas.....

Skrg aku junpa rempah cap O.... Lebih sedap dari 3 yg diatas tu......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.074965 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list