CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4308|Reply: 0

Belanda kekal konsisten, Scotland terus merudum

[Copy link]
Post time 23-3-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode

AKSI antara Belanda dan Scotland pagi tadi. FOTO AFP

Amsterdam: Belanda menjaringkan tiga gol di hujung saingan untuk mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Scotland dalam aksi persahabatan pagi tadi.

Dalam perlawanan membabitkan dua pasukan yang bersiap sedia untuk permulaan Euro 2024 pada bulan Jun, ia adalah aksi yang meyakinkan buat Belanda tetapi merisaukan pelawat.

Pasukan bimbingan Ronald Koeman mendahului apabila Tijjani Reijnders merembat masuk dari jarak jauh sebelum separuh masa pertama berakhir di Arena Johan Cruyff Amsterdam.

Percubaan Lawrence Shankland terkena palang pada separuh masa kedua dan pelawat membayar harga mahal bagi kesilapan itu selepas merudum di lewat permainan.



Georginio Wijnaldum menanduk masuk gol kedua untuk Belanda sebelum pemain gantian Wout Weghorst dan Donyell Malen menjaringkan gol pada minit terakhir.

Ia situasi membimbangkan bagi bos Scotland, Steve Clarke, selepas anak buahnya melepaskan 18 gol dalam enam perlawanan terakhir tanpa kemenangan, tewas empat kali daripada semua perlawanan itu.

Mereka juga dibolosi lebih dua kali dalam enam perlawanan berturut-turut buat kali pertama sejak 1961.

Scotland, yang menentang tuan rumah Jerman dalam perlawanan pembukaan Euro 2024, akan mensasarkan untuk kembali ke landasan tepat apabila menentang Ireland Utara dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Hampden Park pada hari Rabu.

"Ia satu yang pelik. Jelas sekali sakit, tewas 0-4 ia menyakitkan," kata Clarke.

Belanda memenangi empat perlawanan berturut-turut buat kali pertama sejak 2013

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tland-terus-merudum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054367 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list