CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12556|Reply: 8

[Tempatan] Ingatlah neraka wahai peniaga- Mufti

[Copy link]
Post time 22-3-2024 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-3-2024 11:56 PM

GEORGE TOWN – Neraka Wail menanti peniaga yang melakukan penipuan termasuk menjual makanan tidak berkualiti serta rosak di bazar Ramadan.


Demikian jelas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor ketika diminta mengulas masih terdapat aduan pengguna berhubung penjualan makanan basi, hangit di bazar Ramadan.


Menurut beliau, ada hadis di dalam Sahih al-Bukhari daripada Abu Hurairah  bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud barang siapa menipu (dalam perniagaan) maka dia bukanlah daripada golongan kami.


“Erti hadis ini adalah seseorang yang menipu ketika menjual atau membeli beli sesuatu barang dengan tidak melahirkan keadaan sebenar barang jualannya kepada pembeli bererti dia telah melakukan satu penipuan.


“Hukum perbuatan begini adalah haram di sisi syariat Islam dan di dalam al-Quran terdapat ancaman dengan Neraka Wail ke atas para peniaga yang menipu timbangan atau sukatan.



“Maka secara analogi penipuan dalam menjual makanan yang tidak berkualiti atau rosak, lebih-lebih lagi kepada pelanggan yang membelinya untuk berbuka puasa,” katanya hari ini.


Tambah Wan Salim, pada zaman kini, iman dan akhlak manusia kian terhakis malah ramai juga yang meminggirkan ajaran agama termasuk mereka yang beragama Islam.


“Sepatutnya pada bulan yang mulia ini umat Islam banyak melakukan infaq dan memberi jamuan iftar kepada umat Islam yang berpuasa.



“Tetapi dukacitanya ada peniaga yang tergamak menjual makanan basi di bazar Ramadan dan ini termasuk dalam kategori perbuatan tidak beretika yang sudah pasti hukumnya adalah haram.


“Ia termasuk antara maksud memakan harta manusia secara batil atau salah yang dilarang di dalam al-Quran dan hadis,” katanya.



Justeru beliau menasihati para peniaga supaya takut kepada Allah dalam urusan jual beli.


“Ingatlah keuntungan yang sedikit dan diberkati lebih baik daripada keuntungan banyak tetapi mengundang dosa di samping tiada keberkatan dalam kehidupan,” katanya. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap pak mufti remind pasal neraka spesel kat pemimpin dan raja raja corrupt
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 23-3-2024 12:18 AM
Harap pak mufti remind pasal neraka spesel kat pemimpin dan raja raja corrupt

Sekali ngan mufti pulak dipanggil pdrm nanti kalo ada pemerintah yg terasa hati,x menghormati pemimpin n raja2 katanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 01:20 AM | Show all posts
takpe

nanti peniaga2 ni hantar anak sekolah tahfiz

menurut mereka, anak yang hafiz al quran akan mengelak makpak dia dari digigit api neraka

tak tahu betul ke tak la
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru Ni iols gi pasar remdan kat Taman iols neh..
Beli lempeng kelapa..dah la rm8..hangit plak tu..
Hahah...
Hampeh betul...
Pandai dia tak letak harga .
Sebab biasa dia jual kat Medan selera rm5.je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga naikkan harga sebab nak cover kos tapak ker
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2024 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nowadays bukan kapir ja tak peduli halal haram bila berniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 23-3-2024 01:20 AM
takpe

nanti peniaga2 ni hantar anak sekolah tahfiz

Kalu begitu mudah dapat masuk shorga pelacur dan penerima rasuah pun boleh cuci dosa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 11:11 AM | Show all posts
Food preparations ramai failed...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.076133 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list