CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11150|Reply: 0

[Pulau Pinang] Serlahkan gaya riang raya di Sunway Carnival Mall

[Copy link]
Post time 22-3-2024 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Serlahkan gaya riang raya di Sunway Carnival Mall

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

22 Mac 2024 08:45am




Izhar Shah (dua dari kiri) dan Wen Yew (dua dari kanan) bergambar bersama tetamu jemputan selepas melancarkan kempen gaya riang raya pada Khamis.




SEBERANG JAYA - Rasai pengalaman beli belah yang luar biasa dengan pelbagai aktiviti dan tawaran eksklusif buat pengunjung Sunway Carnival Mall sempena sambutan hari raya yang akan diraikan.

Bertemakan gaya riang raya, pastinya orang ramai akan teruja dengan dekorasi indah dan warna-warni di segenap kawasan pusat membeli belah yang membuatkan anda seolah-olah berada di kota Morocco.



Dengan suasana ceria dan meriah sekali gus membangkitkan lagi semangat dan kehangatan Aidilfitri yang sangat dinanti-nanti oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

Pengurus Besar Sunway Carnival Mall, Chai Wen Yew berkata, pihaknya mahu berkongsi keceriaan itu bersama orang ramai terutamanya buat mereka yang kini giat melakukan persiapan dan persediaan untuk meraikan Aidilfitri tidak lama lagi.



Menurutnya, bukan sahaja pelbagai jualan menarik disediakan malah pengunjung boleh turut serta pelbagai aktiviti kebudayaan yang diadakan selain berhibur dengan alunan muzik tradisional yang dibawakan khas dari Indonesia.


Antara dekorasi menarik yang menghiasi kawasan Sunway Carnival Mall.




"Kempen gaya riang raya yang bermula dari 14 Mac hingga 14 April depan dimeriahkan lagi dalam Souk (pasar tradisional) yang akan mengimbau kenangan serta berikan pengalaman nostalgia.

"Pengunjung berpeluang bergambar kenangan untuk orang yang anda sayangi di setiap dekorasi indah yang tersedia, " katanya ketika pelancaran tema gaya riang raya yang diadakan di sini, pada petang Khamis.


Hadir melancarkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah.

Wen Yew berkata, antara aktiviti menarik disediakan ialah bengkel kraftangan raya untuk kanak-kanak, persembahan angklung, tarian kebudayaan Melayu, persembahan gamelan dan gendang.

Selain itu jelasnya, Sunway Carnival Mall meneruskan jalinan kerjasama dengan Agensi Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang juga menganjurkan Agrofiesta Aidilfitri di tingkat bawah pusat membeli belah itu.




“Agrofiesta Aidilfitri menempatkan 19 gerai jualan pelbagai jenis biskut, makanan tempatan, aksesori dan banyak lagi untuk dari 14 Mac hingga 9 April 2024.

"Alami Ramadan dan hari raya yang penuh bergaya dan luar biasa bersama Sunway Carnival Mall, pasti anda akan rasa gaya riang," tambahnya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.143165 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list