CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7937|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Skim pelaburan 'Petronas Chemicals Group' tawar untung tinggi selepas 3 jam

[Copy link]
Post time 21-3-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. - Foto fail NSTP/Hazreen Mohamad

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan menggunakan nama 'Petronas Chemicals Group' yang sedang aktif menawarkan skim pelaburan itu melalui aplikasi Telegram dan Facebook.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohammed Yoosuf, berkata siasatan mendapati skim ini menawarkan keuntungan yang tinggi hanya dalam tempoh tiga jam selepas pelaburan dibuat.

Menurutnya, sindiket menawarkan empat pakej pelaburan iaitu bermula dengan pakej asas yang menetapkan deposit bermula RM550 hingga RM2,000 dengan keuntungan antara RM15,000 hingga RM60,000.

"Pakej 'silver' (perak) menetapkan deposit RM3,000 hingga RM5,000 dan keuntungan RM90,000 hingga RM150,000, manakala pakej 'gold' (emas) dengan deposit RM7,000 hingga RM9,000 dan keuntungan RM210,000 hingga RM270,000.


"Sindiket ini turut menawarkan pakej VVIP dengan deposit bermula dengan RM10,000 dengan keuntungan dijanjikan sehingga RM300,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ramli berkata sindiket ini turut didapati menggunakan logo 'Petronas Chemicals Group' dipercayai untuk mengelirukan mangsa.

Setakat ini, katanya pihak polis menerima satu laporan daripada mangsa skim penipuan ini membabitkan nilai kerugian RM1,500 dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Kita tidak menolak kemungkinan ramai lagi individu telah menjadi mangsa kepada skim penipuan ini. Sehubungan itu, mangsa dinasihatkan membuat laporan di balai polis berhampiran agar siasatan lanjut dapat dilakukan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan yang lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan terutama yang menjanjikan keuntungan yang terlalu lumayan," katanya.

Tambah beliau, orang ramai turut dinasihatkan mendapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti portal Semakmule CCID, Senarai Amaran Bank Negara Malaysia, dan Suruhanjaya Sekuriti melalui platform 'investment checker' sebelum membuat keputusan untuk menyertai sebarang skim pelaburan.
https://www.bharian.com.my/berit ... inggi-selepas-3-jam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.367408 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list