CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6308|Reply: 0

Peluang Brazil pulih reputasi

[Copy link]
Post time 21-3-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode

DORIVAL berdepan tugas berat menentang England.

London: Brazil berharap aksi persahabatan berprestij menentang England pada Ahad ini menjadi pencetus kebangkitan juara dunia lima kali itu.

Brazil berdepan tempoh 15 bulan yang hambar sejak tewas di tangan Croatia pada suku akhir Piala Dunia di Qatar yang menyebabkan pengendali Tite meletak jawatan.

Mereka mengalami kekalahan mengejut susulan prestasi buruk, gagal menarik minat Carlo Ancelotti untuk meninggalkan Real Madrid dan selepas sekian lama menilai calo, Brazil melantik Dorival Junior yang bakal diuji kali pertama di Stadium Wembley.

Dorival adalah pilihan ketiga mengendali Brazil sejak pengunduran Tite. Pada awalnya, tugas itu diberikan sementara kepada Ramon Menezes yang menjadi jurulatih B-20 dan B-23.



Menezes mengendalikan Brazil dalam tiga aksi persahabatan termasuk kekalahan kepada Maghribi dan Senegal.

Presiden Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) lebih meminati Ancelotti dan berjanji pengendali itu akan dibawa masuk sebaik kontraknya dengan Real Madrid berakhir 2024 sebelum Copa bermula pada Jun di Amerika Syarikat.

Ketika menunggu jawapan legenda Itali itu, Brazil melantik Fernando Diniz selain tugasnya sebagai ketua jurulatih Fluminense.

Diniz menjanjikan permulaan meyakinkan selepas membuka kempen kelayakan Piala Dunia dengan kemenangan 5-1 keatas Bolivia dan kemudiannya menewaskan Peru 1-0.

Namun Brazil gagal mengekalkan momentum dalam empat perlawanan selepas itu apabila seri dengan Venezuela dan tewas di tangan Uruguay dan Colombia.

Melengkapkan episod duka itu ialah kekalahan 0-1 di tangan Argentina di Maracana yang meletakkan Brazil di tangga ketujuh dalam kumpulan kelayakan dengan hanya tujuh mata.

Kini masa depan Brazil bergantung kepada Dorival, 61, yang berdepan cabaran terbesar dalam kariernya untuk memulihkan semula reputasi juara dunia lima kali itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... azil-pulih-reputasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.183809 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list