CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6686|Reply: 0

Nombor 60 terlalu istimewa - Pilj

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:40 PM | Show all posts |Read mode

PILJ perancang TFC kelahiran Croatia. FOTO TFC

Kuala Terengganu: Pemain import Terengganu FC (TFC), Marin Pilj memilih jersi bernombor 60 yang mempunyai maksud tersirat dengan bapanya.

Perancang kelahiran Croatia itu yang baharu diikat skuad Penyu kelmarin bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 tampak menjadi bualan peminat setia skuad kendalian Tomislav Steinbruckner kerana nombor yang dipilih itu.

Pemain tengah berpengalaman bersama pasukan Osijek, Olimpija Ljubljana dan Varazdin dalam Liga Croatia menjelaskan mendiang bapanya adalah pendorong nombor satu dalam kariernya selain ibunya.

"Faktor utama saya memilih nombor 60 itu kerana ianya terlalu istimewa kerana mempunyai hubungan sangat akrab dengan mendiang bapa.



"Sejak kecil lagi, bapalah antara insan bertanggungjawab memberikan galakan kepada saya bermain sukan paling diminati ini.

"Bapa bukan sahaja memberikan sokongan dan motivasi, tapi turut menghantar ke akademi bola sepak untuk melihat saya menjadi pemain terbaik dalam sukan ini.

"Jasa disumbangkan bapa terlalu besar dan memberi kesan begitu mendalam terutama selepas saya menjadi pemain profesional sehingga kini.

"Jadi bagi mengenang jasa bapa yang meninggal dunia pada usia 60 tahun, saya mahu mendedikasikan nombor itu pada jersi pasukan baharu ini khas buat bapa saya," ujar pemain berusia 27 tahun itu.

Pemain yang 'dirantai' selama semusim itu dijangka bakal mengemudi jentera tengah pasukan dengan pemain kelahiran Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov selain Manuel Ott dan Akram Mahinan.

TFC sudah melengkapkan kuota import dengan kehadiran Pilj sebagai pemain ketujuh selepas Ivan Mamut, Ismaheel Akinade, Tukhtasinov, Manuel Ott, Matthew Steenvoorden dan Argzim Redzovic.

Musim lalu skuad itu menamatkan saingan liga di tangga keenam dan sudah pasti pengalaman pemain import kuota bebas itu diharapkan dapat menambah lagi kualiti naib juara Piala Malaysia musim lalu itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rlalu-istimewa-pilj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.472510 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list