CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6147|Reply: 0

Playstation punca pemain Itali longlai - Spalletti

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:27 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Itali, Luciano Spalletti mendedahkan ketagihan pemain-pemainnya dalam permainan Playstation sehingga menjejaskan prestasi di atas padang. - Foto AGENSI

ROME: Pengendali Itali, Luciano Spalletti mendedahkan ketagihan pemain-pemainnya dalam permainan Playstation sehingga menjejaskan prestasi di atas padang.

Ketika sidang media menjelang aksi persahabatan menentang Venezuela dan Ecuador semalam, bekas pengendali Napoli itu menegaskan dia mahu anak buahnya berhenti bermain permainan video itu sehingga lewat malam.

Pengendali berusia 65 tahun itu kecewa dengan tabiat buruk sesetengah pemainnya yang dianggap memberikan kesan kepada prestasi mereka di atas padang sebelum ini.

Spalletti mendedahkan kekurangan tidur antara punca skuadnya hanya mampu seri 0-0 dengan Ukraine pada November ketika mereka layak ke Euro pada hari terakhir kelayakan.



"Adakah anda fikir pemain profesional yang memakai jersi Itali patut tidur lewat malam kerana asyik bermain Playstation dan keesokannya gagal memberikan aksi terbaik?.

"Tahap pemain bola sepak boleh dilihat dalam tempoh 22 jam di atas padang. Ada pemain kurang tidur di Ukraine dan ia tidak kena dengan saya. Ketagihan permainan video tidak bagus. Karier anda tidak sepatutnya terganggu.

"Sesiapa mahu buang masa jangan datang ke skuad kebangsaan, tiada kontrak mengikat kami dengan mereka," kata Spalletti.

Itali berharap dapat mempertahankan gelaran Eropah selepas mereka menewaskan England menerusi penentuan penalti pada tahun 2021.

Tetapi tiada kelibat Playstation bersama skuad 23 pemain ke Jerman selepas Spalletti mengharamkan permainan itu.- AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-longlai-spalletti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.118362 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list