CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3240|Reply: 0

AI bakal ganti jurulatih Liga Perdana Inggeris

[Copy link]
Post time 20-3-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode

Aplikasi kejurulatihan daripada Google DeepMind, meneliti lebih 7,000 sepakan sudut diambil oleh skuad Liverpool kendalian Jurgen Klopp. - Foto AGENSI

LONDON: Taktik bola sepak yang dirangka kecerdasan buatan (AI) dilihat lebih baik berbanding percaturan taktikal manusia.

Aplikasi kejurulatihan daripada Google DeepMind, meneliti lebih 7,000 sepakan sudut diambil oleh skuad Liverpool kendalian Jurgen Klopp, dan tampil dengan beberapa rutin baharu.

Penganalisis daripada kelab-kelab gergasi Liga Perdana Inggeris ditunjukkan beberapa taktikal sepakan sudut berbeza, tanpa mengetahui yang mana satu asli, dan memilih 45 daripada 50 taktikal jurulatih AI.

Zhe Wang dari Google DeepMind percaya, aplikasi berkenaan, TacticAI, bakal menjadi asas kepada generasi pembantu AI dalam bola sepak.


"TacticAI mampu meramal dengan tepat penerima pertama selepas sepakan sudut diambil serta kebarangkalian hasil sepakan berkenaan.

"Ia mempunyai variasi taktikal yang mampu meningkatkan hasil, serta hampir sama dengan senario sebenar oleh pakar-pakar," kata Wang.

Wang dan rakan-rakan mencipta TacticAI untuk bekerja sebagai penolong jurulatih.

Ia juga boleh digunakan untuk situasi bola mati lain seperti balingan ke dalam, dan untuk sukan-sukan lain.

Kajian sebelum ini memberi tumpuan terhadap penggunaan AI untuk menganalisis persembahan pemain-pemain di atas padang. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ga-perdana-inggeris
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.346800 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list