CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2814|Reply: 0

Kane dicabar pecah rekod Bundesliga

[Copy link]
Post time 20-3-2024 12:45 PM | Show all posts |Read mode

KANE berjaya mledak 31 gol bersama Bayern dalam saingan Bundesliga ketika ini. – AFP

MUNICH – Bintang England, Harry Kane berhak diangkat sebagai penerima Ballon d’Or sekiranya penyerang itu mampu memecahkan rekod ja­ringan dalam saingan Bundesliga.

Bekas penjaga gol The Three Lions, David James melontarkan cabaran itu kepada Kane yang muncul pemain pertama me­rakam empat hatrik pada musim pertamanya di liga Jerman.

Ketika saingan Bundesliga masih berbaki lapan perlawanan, James merasakan Kane berada di landasan terbaik untuk memperbaiki rekod Robert Lewandow­ski yang memegang rekod penjaring terba­nyak dengan 41 gol.

“Hakikatnya dia boleh memecahkan rekod Bundesliga tahun ini dan saya fikir kita sudah ada bukti betapa bagusnya Harry Kane. Dia mampu jadi pemain yang boleh menjaringkan lebih banyak gol buat Bayern Munich di Bundesliga.

“Dia juga boleh buat lebih baik daripada Lewandowski yang sebelum ini ramai merasakan pemain Poland itu mampu memenangi Ballon d’Or,” kata­nya.

Kane mengesahkan jaringan ke-31 Bundesliga ketika membantu Bayern menang 5-2 ke atas Darmstadt pada Sabtu lalu.

Ia menyaksikan Kane mengatasi rekod legenda Jerman, Uwe Seeler pada musim 1963/64 selaku pemain paling banyak menjaringkan gol pada musim debut di saingan utama liga berkenaan.

Ketika ini, Kane sudah meledak 37 gol dalam 35 perlawanan dalam semua kejohanan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... h-rekod-bundesliga/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.098375 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list