CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2794|Reply: 0

City cemas Haaland cedera lagi

[Copy link]
Post time 20-3-2024 10:57 AM | Show all posts |Read mode

HAALAND cedera ketika sesi latihan Norway.

London: Doktor pasukan Norway mengesahkan tiada masalah dengan Erling Haaland selepas penyerang Manchester City itu mengalami kecederaan ketika sesi latihan semalam.

Pemain berusia 23 tahun itu digantikan pada babak kedua ketika menentang Newcastle susulan bimbang kecederaan mungkin dialaminya dan Pep Guardiola memberitahu pemain lebih berhati-hati ketika tempoh dua minggu rehat antarabangsa.

"Dia bukan lagi pemain saya bermula sekarang, apa yang mereka putuskan bagus untuk pasukan," kata Guardiola.

"Mereka tahu mereka beraksi dengan banyak dan berlatih dengan keras, banyak adrenalin dan fokus untuk sampai ke tahap ini.


"Mereka tahu ia aksi persahabatan dan perlu bijak menanganinya. Harap mereka dapat melakukannya."

Namun kebimbangan terhadap kecederaan Haaland semakin meningkat. Selepas menyertai rakan sepasukan Norway, Haaland tampak kurang selesa ketika latihan dan tidak dapat melengkapkan sesi.

Pemain itu dilaporkan terduduk kesakitan di atas padang ketika melakukan rembatan ke arah gawang dan kemudiannya meninggalkan padang terhincut-hincut

Namun kecederaan itu tidak seburuk disangkakan. Bercakap kepada TV2, doktor pasukan Norway menegaskan tiada masalah dengan Haaland yang bermakna dia akan tampil bersama mereka ketika menentang Republik Czech dan Slovenia dalam dua aksi persahabatan minggu depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... haaland-cedera-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.052028 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list