CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3506|Reply: 6

Sammo Hung geram dengan netizen, Jackie Chan kena kutuk nampak macam ‘atuk’

[Copy link]
Post time 20-3-2024 10:42 AM | Show all posts |Read mode

Hung persoalkan netizen yang perlekehkan penampilan terkini Jackie.

SEJAK beberapa hari lalu nama Jackie Chan menjadi bualan selepas ramai terkejut dengan penampilannya yang dilihat sudah dimamah usia dan tak bermaya.

Komen itu membuatkan rakannya yang juga pelakon aksi Sammo Hung, 72, tampil mempertahankan Jackie yang berpendapat kritikan terhadap aktor tersohor itu sebagai biadab.

Hung sebaliknya memberitahu setiap manusia tidak akan selama-lamanya kekal muda dan proses penuaan adalah perkara biasa.



Antara lakonan Hung dan Jackie pada suatu ketika dahulu.

Apa paling penting kata Hung, kesihatan paling utama dan bukannya mengenai penampilan seseorang yang sudah berusia.

"Siapa yang tidak akan tua? Apa yang penting adalah kekal sihat apabila usia sudah lanjut.

"Kenapa netizen bercakap buruk tentang Jackie? Mereka bercakap seolah-olah tidak akan tua!," katanya.


Foto Jackie, 70, yang dilihat seperti 'atuk' tersebar di media sosial ketika dia menghadiri sebuah acara di Sichuan, China.

Selain wajahnya kelihatan tua, rambut Jackie juga dilihat semakin nipis dan beruban.

Jackie dilaporkan bakal tampil dalam filem Karate Kid 4 tidak lama lagi.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... k-nampak-macam-atuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 11:29 AM | Show all posts
walaupun makin berusia, muka dorang tak berubah pun..
yang mengutuk tu, entah umur baru 30 40 tapi rambut dah beruban..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
70 dah umur dia... Cepat betul masa.. Ms kecik2 sllu tersadai depan TV ngn family tgk dorang... Ak pun da tua
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 01:44 PM | Show all posts
rupa dia sama je, cuma beruban la. apa la nk kutuk, dah mmg umur dia pun dah tua but he aged gracefully
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:53 AM | Show all posts
dia pun dah 70, warga emas. Apa netizen fikir seorang artis akan awet muda selamanya kah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
At least zaman muda dia dulu handsome,daripada dia gigig nk nampak muda cucuk sana sini insert ntah apa benda last2 terus jadi alien dh banyak contohnya bukan takat di luar dalam negara sndri pon banyak...macam ni ok what aging gracefully  gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2024 01:56 PM | Show all posts
Kalau nampak dia tua, maknanya kita pun makin tua..sapooo yang fefeeling dah minum fountain of youth tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.296493 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list