CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5174|Reply: 0

Daniel boleh 'ubati' pening Pan Gon

[Copy link]
Post time 19-3-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode

Daniel (tengah) sedia menggantikan Davies di posisi bek kanan.

KUALA LUMPUR: Sekalipun bek kanan bukanlah posisi sebenar buat dirinya, pertahanan negara, Daniel Ting sedia untuk beraksi 'di luar kebiasaan' jika khidmatnya diperlukan untuk memperkasa skuad Harimau Malaya pada posisi terbabit.

Skuad kebangsaan ketika ini kehilangan bek kanan 'tetap', Matt Davies susulan kecederaan sekali gus khidmat kapten Harimau Malaya itu tidak dapat digunakan untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 berdepan Oman, Jumaat ini dan Selasa depan.

Ketika ditanya sama ada dia sekali lagi bersedia untuk beraksi di posisi bek kanan, pemain berusia 31 tahun itu mengakui tidak berdepan masalah sekiranya barisan kejurulatihan mahukan dia untuk beraksi di posisi terbabit dan bertekad memberikan yang terbaik bagi membantu skuad negara.

"Kalau itu (bermain di bek kanan) yang jurulatih mahukan, tiada masalah kerana saya pernah beraksi di posisi itu sebelum ini. Kita perlu ikut apa sahaja yang dimahukan jurulatih walaupun ia bukanlah posisi sebenar saya.



"Tetapi saya gembira dengan apa sahaja tugasan yang diberikan untuk membantu skuad kebangsaan," kata Daniel.

Sebagai rekod, Daniel pernah diturunkan sebagai bek kanan ketika aksi Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan dan dia beraksi cemerlang apabila beberapa kali mengecewakan jentera serangan 'Taeguk Warriors.

Terdahulu, skuad kebangsaan terpaksa melupakan khidmat dua pemain dari skuad Piala Asia 2023, Davies dan Junior Eldstal bagi mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 berdepan Oman, Jumaat ini.

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengesahkan dua pemain dari JDT itu tidak dapat bersama pasukan kali ini selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan latihan pada 14 Mac dan perkembangan itu dimaklumkan oleh skuad Harimau Selatan.

Ketiadaan Davies sudah tentu memberi tamparan buat perancangan Pan Gon terutamanya selepas pemain berdarah kacukan itu berjaya menjadikan posisi bek kanan sebagai posisi tetapnya dan dia dianggap bek kanan terbaik di negara ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... bati-pening-pan-gon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052620 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list