CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5547|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Ada ancaman bakar kilang kami' - Syarikat pengedar stoking

[Copy link]
Post time 19-3-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode

Polis menjalankan pemeriksaan di kilang mengedar stoking tertera kalimah Allah. FOTO Alias Abd Rani

Kuala Lumpur: Syarikat pengedar stoking, Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terbabit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera kalimah Allah melahirkan kebimbangan kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya.

Syarikat berkenaan dalam kenyataan memaklumkan, kebocoran data peribadi di laman sosial itu memaparkan alamat kediaman pengurusan tertinggi syarikat.

"Malah terdapat juga ancaman keganasan, termasuk membakar kilang kami dan membahayakan nyawa.

"Susulan itu, kami menyeru rakyat Malaysia untuk kekal tenang dan menahan diri daripada terbabit dalam sebarang bentuk keganasan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang," katanya.



Menjelaskan isu berkenaan, pihaknya mengesahkan kehadiran pihak polis di kilang berkenaan hari ini.

"Polis sudah melawat kilang kami di Batu Pahat, Johor, hari ini, dan kami akan terus membantu dalam siasatan mereka mengikut undang-undang negara.

"Kami memahami keseriusan situasi ini dan kepentingan untuk mengekalkan harmoni dan saling hormat dalam kalangan semua komuniti. Kami komited untuk menegakkan nilai-nilai ini dalam semua aspek operasi perniagaan kami," katanya.

Menurutnya kenyataan itu lagi, pihaknya mengambil iktibar daripada kejadian itu dan sedang melaksanakan langkah-langkah kawalan kualiti yang lebih ketat untuk mengelakkan kejadian serupa di masa depan.

"Kami juga sudah menghubungi pembekal kami di China untuk mendapatkan penjelasan dan mereka mengaku bahawa stoking yang bermasalah dimasukkan dalam pembelian kami secara tidak sengaja.

"Kami kini sedang mengkaji tindakan undang-undang untuk diambil ke atas pembekal kerana kelalaian mereka dalam menangani pesanan kami," katanya.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart, yang tular baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, setakat ini sebanyak 42 laporan polis diterima si seluruh negara.

Sabtu lalu, Pengurusan tertinggi KK Super Mart menyatakan kesal dengan insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di salah sebuah cawangannya di Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya sebelum tular di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... at-pengedar-stoking
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049225 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list