CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5278|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pekerja cedera, kenderaan milik majikan dilarikan penyamun

[Copy link]
Post time 19-3-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode

- Foto hiasan

Nilai: Seorang lelaki cedera di badan selepas terjatuh ketika bergayut di belakang kenderaan pacuan empat roda milik majikannya yang dilarikan penyamun, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa dikatakan sedang menyelenggara menara telekomunikasi di Taman Desa Melati, di sini, sebelum didatangi suspek.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pada jam 7.35 pagi, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berumur 40-an mengenai kejadian itu.

"Ketika mangsa sedang melakukan kerja, dia didatangi sebuah Mitsubishi Triton model lama berwarna hitam dan diparkir bersebelahan kenderaan milik majikan pengadu.



"Suspek dipercayai dua lelaki tempatan terus masuk ke Mitsubishi Triton milik majikan pengadu dan membawa lari kenderaan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa sempat mengejar dan berpaut pada bahagian belakang kenderaan milik majikannya sejauh kira-kira 10 meter.

"Mangsa kemudian terjatuh ke jalan berhampiran sebuah stesen minyak dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

"Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati nombor pendaftaran kenderaan digunakan suspek adalah palsu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06–7904389," katanya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dilarikan-penyamun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.883061 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list