CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3660|Reply: 0

Hamidin hairan isu gaji masih berleluasa

[Copy link]
Post time 19-3-2024 03:06 PM | Show all posts |Read mode

HAMIDIN tak pasti mengapa isu gaji dalam kalangan kelab bola sepak masih terjadi.

Kuala Lumpur: Bingung dan hairan antara keluhan disuarakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkenaan isu tunggakan gaji yang semakin berleluasa dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak empat musim lalu.

Jelas 'orang nombor' satu bola sepak negara itu, pelbagai tindakan termasuk hukuman denda, sekatan perpindahan dan penyingkiran sudah diberikan ke atas beberapa pasukan bermasalah namun masalah terbabit terus membelenggu ekosistem Liga M yang diibaratkan umpama virus sukar dibendung.

Malah katanya, pada era 80-an dan 90-an isu tunggakan gaji tidak pernah berlaku dan ia semakin meruncing hingga memberi imej buruk di mata Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Fifa.

"Saya rasa kerisauan saya mengenai bola sepak itu sahaja (isu tunggakan gaji), di mana waktu tahun 80-an dan 90-an tak pernah terjadi dan saya pun tak pasti (mengapa bola terjadi).



"Tapi yang hairannya, benda ini terjadi sejak empat tahun lepas. Tapi bila contoh Melaka kena (disingkirkan), Perlis kena...banyak yang kena tapi seolah perkara itu tak diendahkan, saya pun hairan.

"Nak katakan FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) tak ambil tanggungjawab tak betul. Kita ambil tindakan, dah banyak kelab kita singkirkan. Tapi jadi kerisauan nanti (bila banyak kelab disingkirkan), kelab banyak tak ada pula," katanya.

Sejak dasar penswastaan Liga M dilaksanakan sepenuhnya pada 2020 lalu, beberapa pasukan menjadi mangsa penyingkiran ekoran kegagalan menjelaskan tunggakan gaji sekaligus gagal meraih Lesen Kebangsaan.

Antara pasukan yang disingkirkan di era penswastaan adalah Melaka United, Sarawak United dan Kelantan FC. Ujar Hamidin lagi, satu mekanisma baharu bagi menangani isu ini sedang diperhalusi dan 'Financial Fair Play' (FFP) kemungkinan dilaksanakan.

"Jadi salah satu prosesnya mereka (MFL) ada jumpa saya satu dua bulan lepas untuk melaksanakan FFP dan ada beberapa opsyen lagi dan mungkin mereka akan putuskan sebelum nak pastikan tunggakan pembayaran gaji ini dikekangkan," katanya.

Untuk rekod, Arena Metro pernah melaporkan dalam laporan khas mengenai manfaat FFP dalam mengatasi isu tunggakan gaji di Liga M.

Ia kemudian disambut positif oleh MFL yang mengesahkan bakal memperkenalkan protokol baharu mengenai kawalan kewangan serta perbelanjaan kelab seperti mana dilakukan di Eropah yang menggunakan sistem FFP dalam memelihara nilai dan imej liga domestik.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ji-masih-berleluasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku seterika telor kau'
maklukpenggodaSUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku set
Views : 21495 Replies : 71
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 93500 Replies : 1263
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 22673 Replies : 472
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12779 Replies : 98
Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam
ultra78Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, pegua
Views : 13947 Replies : 5
PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate credit pada forumer lain berkuatkuasa hari ini
admin6PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate
Views : 9762 Replies : 92
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 121239 Replies : 1642
Kerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
maklukpenggodaKerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
Views : 31437 Replies : 58
Guru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah team bola sepak
mojarean_XGuru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan l
Views : 15645 Replies : 2
Puteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah curi tumpuan netizen
YgBenarPuteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puter
Views : 88586 Replies : 227

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.049282 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list