CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2924|Reply: 0

Jawatan kosong di Selangor FC

[Copy link]
Post time 19-3-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Nidzam dilantik ketua jurulatih Selangor.

KUALA LUMPUR: Selangor FC dijangka membawa masuk pembantu jurulatih baharu bagi memantapkan lagi pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini.

Pengurus pasukan Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata ketika ini pihaknya sedang meneliti beberapa calon bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Menurut Mahfizul, beliau tidak menolak kemungkinan kombinasi barisan kejurulatihan musim ini terdiri daripada ketua jurulatih tempatan dan pembantu import seperti dilakukan musim lepas.

"Perancangan untuk tambah barisan kejurulatihan itu memang ada lebih-lebih lagi Nidzam Jamil sudah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu. Dalam hal ini, kita terbuka untuk mana-mana jurulatih yang berminat.


"Apa yang boleh saya cakap setakat ini, calon-calon yang kita teliti merupakan jurulatih tempatan dan import. Kita akan umumkan dalam masa terdekat," katanya.

Sabtu lepas, Nidzam yang merupakan pengendali sementara Selangor FC diumumkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi musim 2024/25.

Skuad Gergasi Merah sebelum ini dibimbing ketua jurulatih Tan Cheng Hoe dengan dibantu Nidzam dan Roman Marcote, bagaimanapun Cheng Hoe kini bersama kelab Liga 1 Thailand, Police Tero FC.

Dalam pada itu, Mahfizul berkata skuad itu pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk membawa masuk pemain tempatan atau import baharu meskipun mempunyai satu lagi kuota.

Katanya barisan pemain import dan tempatan yang dimiliki Selangor FC ketika ini sudah memadai untuk menjadi pencabar kejuaraan Liga M dan kempen ACL2.

"Setakat ini kita berpuas hati dengan pemain-pemain import dan tempatan yang kita ada sebab mereka ini sudah serasi dengan taktikal ketua jurulatih.

"Jadi walaupun kita ada satu lagi kuota untuk bawa masuk pemain import, pasukan sudah capai kata putus tidak membawa masuk lagi mana-mana pemain baharu," katanya.

Bagi musim ini Selangor FC merekrut lima pemain baharu iaitu Umarbek Eshmurodov, Ronnie Fernandez serta Alvin Fortes serta penjaga gol muda Azim Al-Amin dan pemain tengah Nooa Laine. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... song-di-selangor-fc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047757 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list