CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2466|Reply: 0

Portugal rehatkan Ronaldo

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:04 AM | Show all posts |Read mode

RONALDO jaringkan 128 gol untuk Portugal yang juga catatan rekod dunia.

Riyadh: Cristiano Ronaldo tersisih daripada skuad Portugal untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Sweden pada awal pagi Jumaat ini.

Jurulatih Portugal Roberto Martinez menyenaraikan Ronaldo dalam skuad 32 pemain minggu lalu yang kini dikurangkan kepada 24.

Kapten Al Nassr berusia 39 tahun itu antara lapan pemain -- Diogo Dalot, João Cancelo, Danilo Pereira, Otavio, Rúben Neves, Vitinha dan João Félix yang digugurkan untuk aksi minggu ini di Guimaraes.

Mereka bagaimanapun akan menyertai skuad kebangsaan selepas perlawanan Jumaat ini untuk satu lagi aksi persahabatan menentang Slovenia pada 26 Mac, umum Persekutuan Bolasepak Portugal awal pagi tadi.


Bekas bintang Real Madrid itu yang juga pemenang lima kali Ballon d'Or menjaringkan gol ketika Al Nassr menang 1-0 ke atas Al-Ahli Sabtu lalu dan muncul penjaring terbanyak Liga Pro Saudi musim ini dengan 23 gol.

Pemain Portugal berkumpul bersama di ibu pejabat pasukan kebangsaan di Lisbon semalam.

Ronaldo, 39, kini sedang bercuti bersama keluarganya di Arab Saudi. Dia memegang rekod dunia untuk jaringan terbanyak antarabangsa dengan meledak 128 gol untuk Portugal dalam 205 perlawanan sejak tampil kali pertama pada 2003.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... al-rehatkan-ronaldo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046629 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list