CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2425|Reply: 0

Piala FA: Klopp akui aksi paling sukar Liverpool

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:01 AM | Show all posts |Read mode

LIVERPOOL mendapat peluang untuk 'membunuh' perlawanan, tetapi mereka gagal untuk melakukannya sekali gus terpaksa menanggung kekalahan. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya berdepan masalah besar dalam membuat keputusan penting ketika turun menentang Manchester United pada aksi suku akhir Piala FA awal pagi semalam.

Kegagalan itu menyaksikan The Reds terpaksa akur apabila tewas 3-4 ketika perlawanan berlanjutan sehingga masa tambahan sekali gus meleburkan impian mereka untuk merangkul gelaran quadruple musim ini.

Klopp mengakui bahawa pasukannya berjaya mendominasi perlawanan pada babak kedua, tetapi secara konsisten gagal bermain dengan baik di bahagian serangan apabila gagal melakukan ancaman yang benar-benar berbahaya.

“Ia perlawanan yang sukar kerana United memiliki kualiti dan mereka berani untuk mengambil banyak risiko sepanjang perlawanan membuatkan kami perlu menghormati apa yang mereka lakukan.

“Kami memiliki banyak kesempatan untuk aksi satu lawan satu dan sepatutnya ia dapat dilakukan dengan baik, namun kami gagal. Semakin lama perlawanan berlangsung, semakin teruk kami dalam aspek membuat keputusan.

“United kerap mengambil risiko dan sepatutnya kami mampu mengambil kesempatan ketika mereka melakukannya,” kata Klopp.

Kenyataan Klopp itu merujuk kepada satu peluang terbaik diperoleh Liverpool ketika lima pemain mereka berdepan dua pemain United dalam serangan balas pantas, namun ekoran lambat membuat keputusan dan hantaran lemah Cody Gakpo menyebabkan jaringan gagal terhasil.

“Kami gagal untuk ‘membunuh’ perlawanan lebih awal. Apabila anda membuka pintu untuk mereka menang dan di tempat mereka sendiri, mereka tidak akan melepaskan peluang itu.

“Ia adalah hari yang sukar buat kami. Buat pertama kali saya melihat para pemain bergelut untuk bermain dengan baik. Kami sepatutnya memenangi perlawanan ini dan layak, tetapi kami tidak berjaya,” jelasnya.

Liverpool akan kembali ke Old Trafford dalam tempoh tiga minggu lalu untuk aksi Liga Perdana Inggeris dan mengharapkan tiga mata bagi memastikan impian mereka merangkul kejuaraan liga musim ini tertunai. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ng-sukar-liverpool/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049212 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list