CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5110|Reply: 0

SPFC pertaruh enam import musim baharu

[Copy link]
Post time 18-3-2024 04:19 PM | Show all posts |Read mode

SUFFIAN (kanan) ketika menyaksikan pemain Sri Pahang FC menjalani latihan di Kuantan. FOTO Ihsan Sri Pahang FC

Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mendaftar enam pemain import bagi mengharungi saingansaingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata setakat ini, skuad kendalian itu hanya menyenaraikan enam import bagi memperkasakan skuad Tok Gajah.

"Namun, segalanya bergantung kepada keperluan sama ada penambahan seorang lagi pemain import berdasarkan perancangan dan taktikal.

"Setakat ini, enam import yang menyarung jersi Sri Pahang mampu memberi impak positif buat pasukan," katanya.



Enam import berkenaan ialah Kpah Sherman dari Liberia, Stefano Brundo (Argentina), Kuvondik Ruziev (Uzbekistan), Mykola Ahapov (Ukraine), Manuel Hidalgo (Argentina) dan Aleksandar Cvetkovic (Serbia).

Pada musim baharu ini, Sherman yang sebelum ini bertindak selaku penyerang tunggal akan bergandingan bersama Ahapov.

Mengulas kehadiran tiga import baharu iaitu Ahapov, Hidalgo dan Cvetkovic, Mohammad Suffian gembira dengan komitmen yang dipersembahkan mereka.

Katanya, kepantasan yang dimiliki Ahapov diharap membantu memperkasakan jentera serangan dan Cvetkovic mampu mengukuhkan kubu pasukan.

"Hidalgo yang pernah bersama Sri Pahang sudah pasti memberi kekuatan di bahagian tengah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... import-musim-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.050785 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list