CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3816|Reply: 0

[Terengganu] Guna 4,000 telur buat tahi itik, jala emas, buah tanjung

[Copy link]
Post time 18-3-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode

Mohammed melayan pelanggannya. foto NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Sebanyak 4,000 telur digunakan setiap hari untuk menghasilkan tiga jenis kuih tradisional iaitu tahi itik, jala emas dan buah tanjung sepanjang Ramadan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 66, berkata permintaan bagi kesemua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah.

Katanya, kuih tradisi Kelantan itu tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini untuk dijadikan juadah manisan berbuka puasa setiap kali Ramadan.

"Sebelum ini kami menggunakan 400 biji telur dalam masa seminggu untuk menghasilkan kuih berkenaan, tetapi permintaan tinggi dalam bulan Ramadan menyebabkan kami perlu menyediakan telur dengan jumlah yang banyak setiap hari.



"Untuk membuat tiga jenis kuih tradisional ini iaitu jala emas dan buah tanjung ia menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih pula digunakan untuk membuat kuih tahi itik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tikat, di sini, hari ini.

Bapa tujuh anak dan datuk kepada 17 cucu ini berkata, resepi tiga kuih tradisional itu adalah daripada arwah isterinya, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu.

"Kuih kami buat tidak terlalu manis, malah mampu tahan lebih sebulan sekiranya disimpan di dalam peti sejuk beku," katanya yang sudah 20 tahun berniaga kuih tradisional.

Katanya, bagi mendapatkan hasil terbaik, dia menggunakan telur gred AA dan walaupun mahal namun tidak menaikkan harga kuih yang dijual.

"Saya menjual buah tanjung dan tahi itik ini pada harga RM6 sebekas, manakala jala emas pula dijual RM13 sebekas.

"Saya hanya menjual kuih ini di rumah yang sentiasa dikunjungi pelanggan dari seluruh Kelantan termasuk Pasir Mas, Jeli, Rantau Panjang, dan Tumpat," katanya.

Mohammed berkata, sepanjang Ramadan dia bersama ahli keluarga yang turut dibantu 16 orang pekerja mula menyiapkan tempahan dan jualan selepas Subuh.

"Kebiasaannya seawal pada jam 9 pagi sudah ada pelanggan yang datang mengambil tempahan kuih di rumah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-emas-buah-tanjung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058754 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list