View: 4548|Reply: 1
|
[Kelantan]
Kerabu sarang pemecah selera berbuka, bersahur
[Copy link]
|
|
Zulkifli Ab Rahman, 57, menunjukkan rumpai laut yang sudah bersih dan dikeringkan sebelum dibungkus di dalam plastik untuk dijadikan kerabu sarang ketika ditemui di Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam. foto SYAHERAH MUSTAFA
Kota Bharu: Menjelang Ramadan, seorang peniaga tidak menang tangan menyiapkan lebih 300 bungkusan kerabu sarang sehari susulan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan untuk dijadikan juadah berbuka atau bersahur.
Zulkifli Ab Rahman, 57, berkata kerabu sarang yang dibuat berasaskan rumpai laut itu mendapat permintaan dua kali ganda sepanjang bulan puasa dan mengakui memproses 10 kilogram (kg) rumpai laut setiap hari untuk dijual.
Katanya, penyediaan kerabu eksotik itu bukan suatu yang mudah kerana dia perlu membersihkan rumpai laut selama hampir empat jam supaya ia benar-benar bersih serta tidak berbau sebelum dikeringkan selama enam jam.
"Sebagai pelengkap kerabu ini, saya turut menyediakan tumis seperti yang ada pada nasi kerabu, kelapa goreng, sambal serta limau yang mana akan digaulkan bersama sebelum dimakan. Rasa masam, manis dan tekstur rangup daripada rumpai laut berkenaan akan membangkitkan rasa enak.
"Kesemua kerabu sarang habis terjual setiap hari malah ada pelanggan yang mahu saya menambahkan stok namun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak sempat untuk memprosesnya sendirian memandangkan turut berniaga kuih lain seperti seperti akok, pulut bakar dan kuih Cara dengan dibantu isteri (Izan Ariffin, 53).
"Nak sediakan kerabu sarang perlukan kesabaran yang tinggi selain teliti dalam bab kebersihan bagi memastikan kerabu dalam keadaan baik dan boleh bertahan selama dua ke tiga hari," katanya ketika ditemui di Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam.
Zulkifli berkata, kerabu sarang dijual pada harga RM3 setiap satu mendapat permintaan daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa.
"Cara untuk memakannya? Saya sarankan untuk ratah dahulu kerabu yang sudah digaul sebati sebelum mencubanya dengan nasi.
"Pelanggan saya sendiri bukan sahaja dari sekitar Kota Bharu tetapi juga dari Kuala Lumpur, Pahang dan Johor yang datang ke Pasar Siti Khadijah, di sini, semata-mata untuk mendapatkan kerabu sarang.
"Bekalan rumpai laut untuk membuat kerabu ini diperoleh daripada negara jiran, Thailand, namun rasanya akan lebih segar dan sedap jika rumpai daripada Sabah atau Johor digunakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ra-berbuka-bersahur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
penah try makan masa duduk sana dulu.
x rasa nk repeat. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|