CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2625|Reply: 0

Piala FA: Man. City berjaya tepati ramalan

[Copy link]
Post time 18-3-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode

CITY mara ke pentas separuh akhir Piala FA buat kali keenam berturut-turut. - AFP

MANCHESTER – Dua gol hasil jaringan Bernardo Silva berjaya memastikan Manchester City mara ke pentas separuh akhir Piala FA selepas menundukkan Newcastle United 2-0 di Etihad pada aksi awal pagi semalam.

Kemenangan itu juga menyaksikan City yang juga penyandang juara Piala FA musim lalu berjaya mengekalkan aksi tanpa kalah dalam 22 perlawanan bagi semua kejohanan setakat ini selain peluang untuk mengekalkan gelaran trebel masih realistik.

Jaringan pertama terhasil pada minit ke-13 apabila rembatan Silva tertampan pemain pertahanan Newcastle, Dan Burn menyaksikan bola melambung tinggi dan melepasi jangkauan penjaga gol, Martin Dubravka.

Gol kedua juga terhasil daripada gerakan yang seakan sama apabila rembatan Silva terkena kaki Sven Botman dan mengelirukan Dubravka yang tertewas buat kali kedua.

Kemenangan itu menyaksikan City berjaya mara ke pentas separuh akhir Piala FA buat kali keenam berturut-turut, manakala Newcastle pula terpaksa menguburkan harapan mereka untuk meraih trofi utama sejak 69 musim lalu.

“Saya tahu kami bersaing dalam Piala FA untuk mara ke final, tetapi untuk ke sana kami perlu memenangi perlawanan di beberapa peringkat terlebih dahulu. Kami menang empat kali Piala Liga Inggeris berturut-turut.

“Kali ini kami enam kali di separuh akhir Piala FA dan perkara itu sangat mengujakan. Untuk berlari dan bermain seperti yang dilakukan para pemain, ia sangat luar biasa dan saya mahu mengucapkan tahniah.

“Kami bermain dengan baik, mengawal permainan dan bola. Meteo (Kovacic), Rodri dan Bernardo berjaya menyimpan bola dengan baik,” kata pengendali City, Pep Guardiola. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... aya-tepati-ramalan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.058445 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list