CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13860|Reply: 0

[Sarawak] PBB dihormati kerana sebuah parti politik yang kukuh, stabil

[Copy link]
Post time 17-3-2024 08:08 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dihormati dan disegani kerajaan persekutuan kerana PBB adalah parti politik yang kukuh dan stabil, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.

Beliau menambah, parti juga setia kepada kepimpinan parti diketuai Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari  Tun Openg yang merupakan Premier Sarawak, Presiden PBB dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurut Gerawat, kerana itu PBB diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dipegang oleh Dato Sri Fadillah Yusuf dan juga Presiden atau Speaker Dewan Negara yang dipegang oleh Datuk Muttang Tagal.

Beliau yang juga Naib Presiden PBB menambah, PBB bersama dengan rakan-rakan dalam GPS diberi jawatan menteri dan timbalan menteri yang lebih ramai berbanding dahulu dalam kerajaan persekutuan termasuk Dato Sri Alexander Nanta Linggi diberi portfolio kanan sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia.

Gerawat menjelaskan perkara itu ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan Mulu di sebuah hotel di sini, hari ini.
Majlis dirasmikan Nanta yang juga  Setiausaha Agung PBB.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata, majlis itu merupakan satu detik penting dalam perjuangan ahli-ahli veteran PBB N.78 Mulu yang menerima sijil penghargaan Jasamu Dikenang.

Menurut Gerawat, mereka telah berjuang dan berkorban untuk PBB bertahun-tahun sebelum cawangan Mulu dibentuk pada tahun 2015.

Katanya, mereka telah mula berjuang sama ada dalam PBB Telang Usan atau PBB Ba' Kelalan sebelum PBB Cawangan Mulu dibentuk.

"Anda telah menempuhi pelbagai cabaran dan masaalah dalam perjuangan. Anda juga telah mencapai pelbagai kejayaan dalam perjuangan. Semua ini adalah hasil usaha gigih, kejujuran dan kesetiaan anda kepada PBB. Ramai di antara anda masih aktif dan terlibat dalam ranting-ranting dan cawangan kita sampai hari ini," jelasnya.

Gerawat berterima kasih dan menghargai jasa penerima sijil atas kesetiaan, pengorbanan dan dedikasi dalam perjuangan PBB sehingga parti menjadi tulang belakang GPS yang memimpin kerajaan Sarawak dan sebuah parti yang memainkan peranan penting dalam kerajaan persekutuan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.319551 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list