CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9776|Reply: 0

[Sarawak] 16,624 penerima bantuan JKM bakal terima sumbangan sempena Program Sejambak Kasih Aidilfitri

[Copy link]
Post time 17-3-2024 07:27 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah menyampaikan sumbangan kepada penerima sambil disaksikan oleh Dr Abdul Rahman pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri Bahagian Kuching di Masjid Darul Hana, hari ini.

KUCHING: Seramai 16,624 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Sarawak akan menerima sumbangan sempena Program Sejambak Kasih Aidilfitri bagi tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia membabitkan peruntukan berjumlah RM1,662,400.

"Daripada jumlah itu, seramai 4,524 penerima dari bahagian Kuching, Samarahan (2,486), Serian (349), Sri Aman (734) dan Betong (2,2160.

"Turut menerima sumbangan, Sarikei seramai 359 orang, Sibu (759), Mukah (2,374), Kapit (98), Bintulu (601), Miri (967) dan Limbang (1,157)," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri Bahagian Kuching yang turut dihadiri Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Masjid Darul Hana di sini, hari ini.

Fatimah berkata, sumbangan itu diberikan bagi meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.

"Kementerian setiap tahun komited membantu meningkatkan kualiti hidup keluarga yang kurang berkemampuan.

"Justeru, pada majlis hari ini, seramai 150 orang penerima bantuan bulanan kebajikan Bahagian Kuching akan menerima sumbangan tersebut berupa wang tunai RM100, selain hamper bernilai RM80," katanya.

Sementara itu, Fatimah memberitahu sejak Januari hingga Februari 2024, JKM Sarawak telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM42,963,250 untuk 54,040 penerima bantuan bulanan di seluruh negeri ini.

"Penerima-penerima bantuan tersebut terdiri daripada Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Top Up (Kerajaan Negeri),  Bantuan Am (BA), Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Top Up (Kerajaan Negeri), Bantuan Anak Pelihara (BAP) dan Bantuan Belia-Beliawanis (BBB)," jelasnya.

Untuk makluman tambahnya, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching telah menyalurkan perbelanjaan RM4,250,000 untuk 10,601 penerima bantuan bulanan dari tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Beliau dalam pada itu turut menyeru ahli-ahli isi rumah iaitu klien JKM Sarawak untuk menyertai Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) bagi membantu menambah pendapatan keluarga dan tidak lagi bergantung kepada bantuan bulanan kebajikan semata-mata.

Katanya, PLKK itu adalah di bawah Program Pembangunan Ekonomi (PE) yang diperkenalkan sejak tahun 2014 untuk membantu penerima bantuan menambah pendapatan serta keluar dari kancah kemiskinan.

"Ia menyasarkan anak-anak klien menjalani latihan kemahiran seperti dalam minyak dan gas, perancahan dan sebagainya yang akhirnya ditawarkan dengan pekerjaan.

"Maka, besarlah harapan kita untuk melihat lebih ramai ahli isi rumah iaitu klien Jabatan menyertai program seumpana ini kerana peluang  ini hanya terbuka kepafa klien Jabatan sahaja iaitu penerima bantuan bulanan kebajikan, bekas penghuni institusi kebajikan dan bekas pelatih Perintah Khidmat Masyarakat,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.077581 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list