CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5971|Reply: 0

[Sarawak] KPDN Limbang laksana Ops Pantau, pastikan peniaga tak ambil kesempatan

[Copy link]
Post time 17-3-2024 07:21 PM | Show all posts |Read mode


HAZWAN

LIMBANG: Ops Pantau yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)  Bahagian Limbang bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menjual pada harga tidak munasabah khususnya di bazar Ramadan tahun ini.

Ketua KPDN Bahagian Limbang Mohd Hazwan Basrol berkata Ops Pantau dilaksanakan di bazar Ramadan sejak 12 Mac lepas.

Katanya selain itu lokasi tumpuan Ops Pantau adalah di kawasan tumpuan orang ramai termasuk bazar Aidilfitri dengan menguatkuasakan  peraturan timbang dan sukat, penandaan harga dan jualan murah.

“KPDN Limbang melalui bahagian penguatkuasaan, kita ada menguatkuasakan Ops Pantau yang merangkumi semua  undang-undang yang dikuatkuasakan.

“Kita lebih fokus kepada barangan yang perlu, iaitu tepung, gula dan juga minyak masak bagi mengelak peniaga ambil kesempatan,” katanya ketika ditemui media Sempena Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna  Sedunia 2024 di Limbang pada Jumaat.

Jelasnya, pada setiap 15 Mac merupakan Hari Hak Pengguna Sedunia setiap tahun yang disambut di seluruh dunia.

Katanya, KPDN akan terus mendidik, membentuk dan meningkatkan kesedaran serta memberi pendidikan kepenggunaan khususnya tentang hak-hak pengguna.

Jelasnya masyarakat di Limbang kini semakin tahu dan sedar tentang hak mereka sebagai pengguna sebagaimana yang dipaparkan dalam laman sosial dan bijak menyalurkann aduan mengikut saluran yang tepat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.053898 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list