CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4927|Reply: 0

[Sabah] Pemandu selamat, kenderaan jatuh gaung 25 meter

[Copy link]
Post time 17-3-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode


SELAMAT: Pemandu terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam gaung.

TENOM: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki terjatuh ke dalam gaung sedalam 25 meter di Kampung Lagud, Jalan Tenom - Keningau, di sini.

Mujurlah, lelaki berumur lingkungan 50 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda itu hanya cedera ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 9.59 pagi.

Katanya, sepasukan anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda terbabas sendiri ke gaung sedalam 25 meter.

"Terdapat seorang mangsa dilaporkan mengalami cedera ringan berjaya dinaikkan ke atas jalan raya menggunakan sistem takal," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pasukan bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi dan operasi ditamatkan pada jam 10.45 pagi," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.048996 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list