CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4902|Reply: 0

[Sabah] Wanita warga Taiwan cedera dalam kebakaran kilang di KKIP

[Copy link]
Post time 17-3-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode


TERBAKAR: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran kilang.

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga Taiwan mengalami kecederaan dalam kebakaran sebuah kilang pemprosesan plastik di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Jalan Sepanggar, di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba I, Hamza Isnurdini berkata, kejadian jam 3.35 pagi itu membabitkan wanita berumur 60 tahun yang juga isteri kepada pemilik kilang berkenaan.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.41 pagi.

“Bertindak dengan maklumat, 50 anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas dan Tuaran bersama empat jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan sebuah kilang pemprosesan plastik terbakar 90 peratus.

“Turut terbakar dua lori terjejas 15 peratus, sebuah lori lagi 50 peratus, kereta kompak terbakar sepenuhnya manakala kereta jenis sedan terbakar 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran empat pancutan dengan sumber air dari jentera.

“Terdapat seorang mangsa wanita iaitu isteri kepada pemilik kilang mengalami cedera ringan di bahagian tangan dan muka.

“Mangsa diberi rawatan oleh pasukan EMRS dan operasi terkawal pada 4.44 pagi manakala operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 8.13 pagi,” katanya.

Tambahnya, pihak bomba juga sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057483 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list