CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4266|Reply: 0

[Sabah] FINAS hasrat kerjasama dengan pemenang Oscar dokumentari terbaik

[Copy link]
Post time 17-3-2024 05:45 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Azmir (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Kartika.

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Kartiki Gonsalves, pengarah filem dokumentari The Elephant Whisperers.

Kartiki Gonsalves adalah pemenang Oscar pada Academy Award ke-95 tahun lepas bagi membawa industri penerbitan filem dokumentari tempatan ke peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, beliau yakin kerjasama itu akan membawa sinergi positif dan memberi impak kepada industri filem Malaysia.

Katanya, secara keseluruhan, pemahaman tentang proses dan jaringan perniagaan adalah kunci dalam menghasilkan dokumentari terbaik.

“Ilmu yang diperoleh daripada perjalanan penerbitan The Elephant Whisperers, daripada praproduksi hingga kempen Oscar, memberi inspirasi dan boleh membentuk masa depan penerbitan filem dokumentari di Malaysia.

“Perkongsian teraju utama dokumentari itu, pengarahnya Kartiki serta Krish Makhija selaku Pengarah Fotografi dan editornya, Sanchari Molick Das, mampu menjadi panduan berharga kepada pembikin dokumentari tempatan bagi merintis kejayaan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penutup Kelas Pakar (Masterclass) Dokumentari bersama Pemenang Oscar (Dokumentari Terbaik) di Auditorium MyIPO di sini semalam.

Program anjuran bersama FINAS dan Universal Zest Sdn. Bhd mulai Isnin itu dihadiri oleh 85 orang peserta daripada pelbagai latar belakang pengalaman dalam industri kreatif tempatan.

Turut memberi ceramah pada program itu ialah penerbit dokumentari tempatan, Ahmad Yazid yang berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam penerbitan dokumentari untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Azmir  berkata, FINAS sentiasa komited dalam program pembangunan modal insan melalui Bahagian Pembangunan Industri.

“Di bawah Unit Latihan Industri, pelbagai program ditawarkan seperti bengkel, masterclass, program apresiasi filem dan seminar.

“Inisiatif-inisiatif ini direka bagi memenuhi keperluan para profesional berpengalaman dan bakat-bakat baharu dalam industri filem,” katanya.

Sementara itu, Kartiki dalam ceramahnya menasihati pembikin filem agar sentiasa berusaha melahirkan filem yang boleh menarik semua golongan penonton seperti alam semula jadi dan kehidupan haiwan liar walaupun projek seumpama itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan.  

“Saya sendiri mengambil masa enam tahun menyiapkan The Elephant Whisperers dan menghargai kepercayaan Netflix walaupun saya tiada pengalaman dalam penerbitan filem.

“Namun pengalaman saya dalam bidang fotografi serta kepakaran kru teknikal termasuk pengarah fotografi dan editor banyak membantu saya dalam menyiapkan filem ini sehingga berjaya memenangi Oscar,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.068435 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list