CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3742|Reply: 0

[Sabah] 31 notis dikeluarkan kepada pengendali makanan di bazar

[Copy link]
Post time 17-3-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode


PANTAU: Asits semasa memantau peniaga di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka.

KOTA KINABALU: Sebanyak 31 notis kesalahan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah kepada pengendali makanan di bazar seluruh Sabah.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sanna berkata, setakat tiga hari pemantauan itu, daerah Tawau mencatatkan pengeluaran notis kesalahan tertinggi iaitu sebanyak 18 kesalahan, tujuh kesalahan di Keningau dan selebihnya melibatkan daerah lain.

"Antara notis kesalahan yang dikeluarkan ialah 12 atas kesalahan pakaian pengendali makan, apron, kasut dan penutup kepala dan tujuh kesalahan pekerja tiada sijil latihan pengendali makanan.

"Selebihnya melibatkan empat kesalahan pekerja tiada latihan pengendali makanan dan suntikan anti Tifoid dan dua kesalahan pengendali tiada suntikan vaksin anti Tifoid.

"Manakala, masing-masing tiga rekod kesalahan telah dikeluarkan bagi kesalahan pengendali tidak mengekalkan kebersihan diri (kuku panjang) dan kesalahan pengendali memakai perhiasan diri (jam, cincin, pin dan aksesori lain)," katanya ketika ditemui media dalam Program Pemantauan Keselamatan Makanan Walkabout Bazar Ramadan 2024 Bersama Pengarah Kesihatan Negeri Sabah di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka, di sini.

Menurut Asits, pada tahun ini JKN Sabah akan melaksanakan pemantauan di 105 lokasi seluruh Sabah dengan melibatkan gerai sebanyak 5,674 dan telah memeriksa 240 premis.

"Oleh itu dinasihatkan kepada semua peniaga bazar Ramadan dapat terus mengamalkan kebersihan dalam pengendalian makanan dan kepada para pengguna yang ingin melaporkan sebarang aduan atau kemushyiklan bolehlah menghubungi hotline aduan Whatsapp Sabah Healthline di talian 019-860 2929," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.107633 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list