CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4791|Reply: 0

[Selangor] 'Tak ada rezeki saya berniaga hari itu' - Penjual air tembikai

[Copy link]
Post time 17-3-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode

ISTERI dan rakan membantu Sufri membersihkan air yang tumpah. FOTO ihsan Sufri

Bangi: "Saya anggap tak ada rezeki hari itu dan dugaan Ramadan, jadi reda dengan apa yang terjadi," kata peniaga minuman dikenali Sufri.

Kisah Sufri, 27, mendapat pelbagai reaksi dan perhatian warganet selepas isterinya, Nor Syafiqa Amyra Sabri, 27, berkongsi luahan menerusi video di TikTok yang sehingga kini meraih lebih 658,000 tontonan.

Video dengan kapsyen 'ujian Ramadan' itu menunjukkan Sufri merenung air tembikai jualannya yang tumpah di hadapan gerainya dekat Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, di sini.

Menceritakan kisah sebenar, Sufri berkata, insiden dalam rakaman video itu berlaku ketika Ramadan kedua yang lalu.



"Kisah itu berlaku jam 4.30 petang iaitu selepas saya letak dua balang air tembikai atas meja.

"Ikutkan meja itu sudah lama, saya pakai pun setahun sekali saja jadi kayunya reput dan membengkok kerana tak dapat tampung berat air balang hingga akhirnya jatuh.

"Saya memang tak perasan hal itu (meja sudah uzur) dan tergamam selepas lihat ia berlaku di depan mata kerana sudah penat waktu itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selepas insiden itu, Sufri terus mengemas peralatan niaga dan membersihkan air yang tumpah dengan bantuan isteri serta rakan niaganya.

"Nak buat balik (air) ambil masa jadi saya terus kemas apa yang patut.

"Kiranya, saya cuti sehari kerana tak dapat terusnya berniaga pada hari itu.

"Isteri ada kongsi di TikTok namun tak sangka ia boleh tular hingga ramai sokong dan ada juga yang kecam.

"Saya tak baca sangat kerana tiada akaun media sosial jadi isteri yang beritahu," katanya.

Bapa tiga anak juga peniaga buah-buahan itu berkata, apa yang berlaku bukan hanya terjadi pada dirinya malah ramai peniaga lain pernah melalui pengalaman sama.

"Ini tahun kedua saya menjual minuman di bazar Ramadan dan tahun lalu di tapak dekat Seksyen 3, Bandar Baru Bangi namun okay saja, tak ada insiden macam tempoh hari.

"Tapi apa boleh buat, sudah ditakdirkan ujian buat saya pada hari berkenaan.

"Diharap perkongsian video itu beri peringatan kepada diri saya dan orang lain untuk lebih berhati-hati pada masa depan dan tunjuk kepada orang ramai kepayahan peniaga nak mencari rezeki," katanya.


SUFRI tidak putus asa untuk mencari rezeki walaupun diuji. FOTO Ihsan Sufri

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... enjual-air-tembikai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.504603 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list