CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6514|Reply: 0

Tottenham perlu cermin diri - Heung Min

[Copy link]
Post time 17-3-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode

Son Heung Min meratapi kekalahan Tottenham di tangan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage awal pagi tadi. – Foto premierleague.com

LONDON: Kapten Tottenham Hotspur, Son Heung Min berkata pemain perlu menilai diri sendiri selepas kekalahan 3-0 di Fulham awal pagi tadi menyukarkan impian mereka berakhir dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemenangan boleh meletakkan mereka di depan Aston Villa di kedudukan yang menjanjikan kelayakan ke Liga Juara-Juara namun mereka mempamerkan persembahan lesu ketika Rodrigo Muniz menyumbat dua gol buat tuan rumah.

"Ia amat mengecewakan dan mendukacitakan. Setiap orang perlu mencermin diri sendiri dan berkata 'ia adalah kesilapan saya'," kata Heung Min, yang mensia-siakan satu peluang ketika terikat 0-0.

"Ia tidak cukup bagus. Kami tidak melakukan usaha yang kami lakukan pada musim ini. Persembahan, sikap tidak cukup baik. Setiap orang memerlukan satu kesedaran untuk bangkit."


Persembahan itu agak mengejutkan memandangkan kemenangan klinikal Tottenham ketika membenam Villa 4-0 hujung minggu lalu dan ia juga menamatkan rekod mereka menjaringkan gol dalam setiap perlawanan EPL musim ini.

Heung Min pastinya tidak bergurau dengan kata-katanya.

"Dalam EPL jika anda tidak bersedia anda akan dihukum. Aston Villa satu pasukan yang mengagumkan, begitu juga Fulham. Jika anda tidak memberikan 100 peratus anda dihukum. Anda tidak mendapat tiga mata secara percuma," jelas penyerang dari Korea Selatan itu.

"Kami mewakili kelab EPL, kami mewakili Tottenham. Ini jauh daripada apa yang kami lakukan musim ini. Ia amat menyedihkan untuk melihat semua ini. Penyokong tidak berhak menerimanya. Kekalahan ini terlalu sukar." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... rmin-diri-heung-min
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055721 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list