CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6566|Reply: 0

Bos Coventry minta maaf rai kemenangan depan pengutip bola

[Copy link]
Post time 17-3-2024 01:30 PM | Show all posts |Read mode

ROBINS akui kesilapan yang dilakukannya terhadap budak pengutip bola. FOTO Reuters

Wolverhampton: Pengurus Coventry City, Mark Robins memohon maaf selepas meraikan kemenangan suku akhir Piala FA 3-2 ke atas Wolverhampton Wanderers di hadapan budak pengutip bola Wolves.

Beliau berkata terlalu emosi melihat pasukannya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-100 menyebabkan perasaan seronok itu semakin menguasai dirinya.

Coventry, yang ketinggalan 1-2, menjaringkan dua gol pada masa tambahan separuh masa kedua, dengan kemenangan muncul pada minit ke-100 ketika pasukan Liga Kejuaraan itu menempah tempat separuh akhir buat kali kedua dalam sejarah mereka.

Pengutip bola yang dimaksudkan itu menjatuhkan bola di kaki Robins pada awal permainan apabila Wolves dilihat mampu mara ke separuh akhir di Wembley.


Apabila gol ketiga Coventry masuk, Robins berlari ke arah budak pengutip bola itu dengan menggenggam penumbuk tanda puas tetapi selepas perlawanan jurulatih berusia 54 tahun itu 'meminta maaf tanpa sebarang syarat'.

"Saya minta maaf kerana sebelum itu (gol kemenangan) berlaku, seorang budak pengutip bola memegang bola di tangannya," kata Robins.

"Dia menjatuhkan bola dan berlalu pergi sambil tersenyum. Ia benar-benar menjengkelkan saya. Tetapi dia seorang kanak-kanak. Pada penghujung hari saya bertindak balas. Kami menjaringkan gol dan saya pergi dan meraikannya di hadapannya. Jadi saya memohon maaf kepadanya.

"Saya tidak menunjukkan emosi dengan kerap tetapi saya lakukan hari ini, dan itulah yang Piala FA lakukan kepada anda."

Bos Wolves, Gary O'Neil berkata Robins turut memohon maaf kepadanya tetapi melabelkan sambutan itu sebagai 'menjijikkan'.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... depan-pengutip-bola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056682 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list