CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6535|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] SPRM sita lapan kenderaan mewah hampir RM6 juta sindiket penyeludupan

[Copy link]
Post time 17-3-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode

Antara kenderaan mewah yang disita SPRM melibatkan sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok. - Foto IHSAN SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik individu dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok.

Menurut sumber, kenderaan-kenderaan berkenaan terdiri daripada dua Lamborghini, sebuah Lexus, Mercedes, BMW, Volvo dan dua Toyota.

Katanya, kenderaan itu disita dalam operasi khas sekitar Lembah Klang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, sejak Isnin lalu.

Jelasnya, operasi itu turut melibatkan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kenderaan-kenderaan ini disita daripada beberapa individu yang berjawatan sebagai pemilik syarikat serta orang tengah yang membuat bayaran wang sogokan kepada pegawai-pegawai di sebuah agensi penguat kuasa,” katanya, hari ini.

Selain itu, sindiket ini juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’, melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen.

Kegiatan penyeludupan sindiket ini dipercayai menyebabkan ketirisan hasil cukai yang dianggarkan lebih daripada RM400 juta dan wang rasuah lebih RM8 juta diberi kepada beberapa individu termasuk penjawat awam bagi melancarkan kegiatan penyeludupan.

Sindiket ini dipercayai menggunakan modus operandi menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan sitaan terhadap lapan kenderaan mewah berkenaan dan berkata individu yang ditahan telah disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... diket-penyeludupan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.109449 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list