CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7042|Reply: 0

Piala FA: Chelsea mahu kembali ke Wembley

[Copy link]
Post time 17-3-2024 11:30 AM | Show all posts |Read mode

CHELSEA gagal pada aksi final EFL sebelum ini, namun berikrar untuk kembali ke Wembley pada pentas final Piala FA nanti. - AFP

LONDON – Chelsea mengintai peluang untuk kembali beraksi di Wembley menjelang aksi suku akhir Piala FA menentang Leicester City yang dijadualkan berlangsung di Stamford Bridge malam ini.

Pengurusnya, Mauricio Pochettino mendedahkan, pemain-pemain The Blues berharap untuk menebus kekecewaan tewas di perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) dengan melayakkan diri ke final Piala FA.

Beliau menganggap pertemuan dengan Leicester sebagai aksi penting memandangkan mereka akan kembali beraksi di Wembley sekiranya mara ke separuh akhir dan sedia menjadikan kekecewaan lalu sebagai pengajaran.

“Saya fikir jangkaan sudah tentu tinggi untuk kami pada perlawanan itu nanti, namun keputusannya bergantung pada ‘mood’ pemain-pemain. Saya letakkan sepenuh kepercayaan kepada semua pemain.

“Sangat penting untuk kami tewaskan Leicester di suku akhir kerana itulah satu-satunya cara bagi membolehkan Chelsea kembali ke Wembley. Kami sudah belajar sesuatu daripada kekalahan sebelum ini,” katanya.

Bulan lalu, hasrat Chelsea untuk sekurang-kurangnya meraih satu trofi pada saingan musim ini tidak tertunai apabila mereka sekadar muncul naib juara EFL selepas tewas 0-1 kepada Liverpool

Dalam pada itu, beliau sedia untuk terus meletakkan sandaran terhadap pemain tengah, Cole Palmer bagi membantu jentera serangan The Blues merobek pintu gol bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

“Bukan sesuatu yang mengejutkan untuk kita melihat aksinya (Palmer) seperti ini kerana dia memiliki karakter juara. Saya juga gembira kerana dia tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri,” ujar Pochettino.

Musim ini, Palmer dianggap pemain paling penting buat Chelsea apabila bekas pemain Manchester City itu sudah meledak 13 gol selain melakukan 10 umpanan dalam semua pertandingan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... kembali-ke-wembley/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.051114 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list