CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7198|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dhia Batrisyia hilang sejak Selasa selamat ditemui

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:55 AM | Show all posts |Read mode

Dhia Batrisyia.

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak perempuan, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan hilang sejak Selasa selamat ditemui awal pagi tadi.

Ibunya, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata, Dhia ditemui di sebuah restoran sekitar Seri Rampai, Wangsa Maju.

“Dhia ditemui di Seri Rampai, terima kasih ada doa kalian semua,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, kanak-kanak tersebut keluar dari rumahnya sekitar Pudu, di sini, Selasa lalu.

Syarifah berkata, perselisihan faham antara dia dan anak pertama daripada dua beradik itu dipercayai punca kanak-kanak tersebut keluar dari rumah.

Menurutnya, ini kali pertama anak sulungnya bertindak tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan polis berkenaan kehilangan kanak-kanak itu Khamis lalu.

Jelas beliau, lima individu individu telah dirakam keterangan terdiri daripada ahli keluarga serta rakan adik Dhia Batrisyia.

Kes juga diklasifikasikan sebagai orang hilang. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... sa-selamat-ditemui/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.145293 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list