CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5870|Reply: 0

Silva pacu City ke separuh akhir

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:50 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Manchester City, Bernardo Silva (dua dari kanan) menjaringkan gol pertama apabila bola terbias oleh pemain Newcastle, Dan Burn pada aksi suku akhir Piala FA Inggeris di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. – Foto REUTERS

MANCHESTER, England: Bernardo Silva meledak dua gol membantu Manchester City menundukkan Newcastle United 2-0 untuk layak ke separuh akhir Piala FA Inggeris awal pagi tadi.

Penyandang juara City masih berpeluang mengulangi pencapaian treble menjuarai Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan Piala FA musim lalu ketika anak buah Pep Guardiola melebarkan catatan tanpa kalah mereka kepada 22 perlawanan dalam semua pertandingan.

Tuah bagaimanapun menyebelahi juara Inggeris itu apabila dua kali Silva memperdayakan penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka selepas kedua-dua percubaannya tertampan pemain lawan.

Pemain antarabangsa Portugal itu membuka tirai jaringan pada minit ke-13 apabila percubaannya terkena Dan Burn sebelum menerjah jaring.



Gol kedua Silva tertampan oleh Sven Botman, namun Dubravka sepatutnya boleh melakukan yang lebih baik lagi apabila bola bergolek di bawah badannya.


Penyerang Manchester City, Erling Haaland (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Newcastle, Fabian Schar ketika aksi suku akhir Piala FA di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. – Foto AFP

Di pintu gol tuan rumah, ketiadaan penjaga gol nombor satu City, Ederson tidak dirasai selepas Stefan Ortega melakukan tindakan penyelamat cemerlang untuk menafikan Alexander Isak daripada membalas satu gol buat Newcastle.

Namun ia sudah terlambat buat Newcastle dalam buruan mereka merebut trofi kejuaraan musim ini ketika The Magpies kekal tanpa sebarang trofi utama sejak 1969.

City muncul pasukan pertama layak ke separuh akhir Piala FA buat enam musim berturut-turut.

"Saya tahu kami bermain untuk memenangi perlawanan akhir, tetapi untuk memenanginya, anda perlu menang pada pusingan terdahulu," kata Guardiola.

"Untuk berlari dan bermain dengan cara yang mereka lakukan luar biasa. Tahniah kepada pasukan, tiada siapa pernah melakukannya sebelum ini." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ty-ke-separuh-akhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050345 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list