CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10747|Reply: 0

Pemain JDT ada kecergasan, keserasian

[Copy link]
Post time 16-3-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon sentiasa memastikan kecergasan pemainnya berada di tahap terbaik. - Foto ihsan FAM

KUALA LUMPUR: Sekalipun pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) baru menyertai pasukan kelmarin, rentak dan keserasian skuad Harimau Malaya bagi dua perlawanan berdepan Oman diyakini tidak akan terjejas.

Keyakinan itu disuarakan penyerang kebangsaan, Darren Lok yang melihat dia tidak risau sekalipun pemain dari skuad Harimau Selatan menjalani kem latihan pusat lebih singkat berbanding kelompok pertama yang sudahpun bersama pasukan sejak minggu lalu.

"Itu bukanlah satu kerisauan kerana kita tahu pemain JDT mendapat 'match fitness' bersama pasukan mereka. Tambahan pula, ada antara mereka yang sudah lama bersama skuad kebangsaan.

"Jadi mereka tahu apa yang dijangkakan apabila berada bersama skuad kebangsaan. Kami pun sudah beraksi bersama dan kami tahu keadaan mereka. Jadi ini bukanlah satu kebimbangan," kata Darren.



Sebagai rekod, sembilan pemain JDT dipanggil untuk aksi berdepan Oman bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 iaitu Ahmad Syihan Hazmi, Matt Davies, La'Vere Corbing Ong, Endrick dos Santos dan Arif Aiman Hanapi.

Empat lagi pemain adalah Shahrul Saad, Syamer Kutty Abba, Junior Eldstal dan juga penyerang baharu pasukan itu, Romel Morales.

Skuad negara baru berdepan perlawanan latihan secara tertutup menentang Nepal, malam tadi dengan skuad bimbingan Kim Pan Gon berjaya meraih kemenangan besar 5-1 dalam aksi selama 140 minit di Stadium UiTM Shah Alam.

Darren berjaya meledak dua gol pada perlawanan terbabit, satu menerusi sepakan penalti pada minit ke-31 disusuli gol kedua empat minit berselang diikuti gol ketiga dari Stuart Wilkin.

Daniel Ting dan Mukhairi Ajmal Mahadi turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-48 dan minit ke-135 dan jaringan saguhati Nepal disumbangkan Sameer Tamang (m-68).
https://www.bharian.com.my/sukan ... cergasan-keserasian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.319286 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list