CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6120|Reply: 1

[Johor] Bisikan terakhir ayah buat arwah Mohammad Ariff Azeem

[Copy link]
Post time 16-3-2024 02:06 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD ditenangkan tetamu yang hadir menziarahi jenazah Mohamad Ariff Azeem yang meninggal dunia dalam kemalangan malam tadi. FOTO Alias Abd Rani.

Batu Pahat: 'Ayah dah ampunkan adik' menjadi ayat terakhir dibisikkan seorang ayah ke telinga anaknya yang meninggal dunia dalam kemalangan dekat Kampung Parit Kalong Gantong, Senggarang di sini, malam tadi.

Mohammad Ariff Azeem Ahmad, 22, meninggal dunia selepas kereta dipandunya bertembung dengan kereta dipandu wanita berusia 43 tahun. Kejadian turut mengorbankan pemandu wanita itu.

Bapa Mohammad Ariff Azeem, Ahmad Saad, 62, berkata, pada mulanya dia menyangka arwah mengalami kemalangan biasa selepas dimaklumkan seorang lagi anak yang menerima panggilan telefon orang awam.

"Apabila saya sampai, tengok semua dah tak ada apa. Saya peluk dia, bisik di telinga 'ayah dah ampun adik'," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Senggarang, di sini, hari ini.



Menurutnya, mereka menyedari kelainan pada Mohammad Ariff Azeem sebulan lalu apabila berubah menjadi pendiam dan meletakkan gambar kubur dan liang lahad di skrin telefon.

"Rupa-rupanya itu adalah 'persiapan' awal arwah yang seolah-olah sudah tahu dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya.

"Hari ini (semalam) kami sudah mendapat jawapannya," katanya yang mengusahakan kedai gunting rambut bersama arwah sejak hampir dua tahun.

Abang arwah, Mohammad Ariff Ashraf, 28, berkata, dia mengetahui kejadian itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapanya dari Johor Bahru.

Katanya, mereka sembilan beradik sudah merancang untuk berkumpul pada hujung minggu dan berbuka puasa bersama memandangkan ada antara mereka yang tinggal di luar kawasan.

"Ketika dimaklum adik sudah meninggal dunia, fikiran saya berkecamuk seperti tidak percaya apa yang berlaku. Allah lebih sayangkan adik," katanya.

Jenazah Mohammad Ariff Azeem akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Jaabar, Senggarang, petang ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ohammad-ariff-azeem

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 02:23 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.304986 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list