CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5369|Reply: 0

Nidzam Jamil sah ketua jurulatih baharu Selangor FC

[Copy link]
Post time 16-3-2024 02:00 PM | Show all posts |Read mode

Nidzam Jamil menjadi pilihan pengurusan Selangor FC untuk jadi ketua jurulatih skuad Merah Kuning musim ini.

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai status ketua jurulatih baharu Selangor FC akhirnya terjawab selepas pihak pengurusan bersetuju untuk ‘menaikkan pangkat’ Nidzam Jamil selaku pengendali bermula musim ini.

Ketua pegawai eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, pengalaman yang dimiliki oleh Nidzam menjadikannya sebagai pilihan utama untuk mengemudi skuad Gergasi Merah.

“Kami telah membuat penilaian secara terperinci dan kolektif, serta melihat keupayaan yang telah ditunjukkan oleh Nidzam semasa beliau berkhidmat sebagai penolong ketua jurulatih untuk musim-musim sebelum ini.

“Nidzam mempunyai pengalaman luas dalam kancah bola sepak Malaysia, memahami budaya dan hala tuju kelab serta amat mengenali para pemain Selangor FC.

“Bagi kami, beliau adalah individu yang tepat untuk mengisi kekosongan ini dan mengetuai cabaran Selangor bagi musim 2024/2025,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... baharu-selangor-fc/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046439 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list