CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3992|Reply: 2

[Johor] Kereta bertembung, dua pemandu maut

[Copy link]
Post time 16-3-2024 12:52 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba mengeluarkan seorang daripada mangsa yang tersepit dalam kereta selepas kemalangan di KM 103 Jalan Johor Bahru-Melaka berhampiran Tanjung Labuh, Batu Pahat. FOTO Ihsan Pembaca.

Batu Pahat: Dua pemandu maut selepas kereta yang dipandu bertembung di Kilometer 103 Jalan Johor Bahru-Melaka, berhampiran Tanjung Labuh, dekat sini, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu wanita, Chin Sio Mei, 43, dari arah Rengit menghala ke Batu Pahat bertembung dengan sebuah lagi kereta yang dipandu Mohammad Ariff Azeem Ahmad, 22, dari arah bertentangan pada 11.40 malam.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu yang berasal dari Batu Pahat itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk diambil keterangan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit Pegawai Bomba Kanan II Zulhaizan Ishak dalam kenyataan berkata, lapan anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) bergegas ke lokasi sejurus selepas menerima panggilan kecemasan.

Katanya, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan menggunakan peralatan 'rescue tools' dan mangsa diserahkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"PKO kemudiannya bertindak membersihkan kesan kemalangan dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula dan air tangki pam jentera. Operasi ditamatkan pada 12.49 tengah malam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-dua-pemandu-maut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 02:24 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:24 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.272559 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list