CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3879|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bongkar 4 syarikat palsu RTK 2.0

[Copy link]
Post time 16-3-2024 12:51 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA majikan yang disiasat dalam Ops Sapu berkaitan Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0). FOTO Ihsan JIM KL.

Kuala Lumpur: Taktik licik empat pemilik syarikat antaranya menggunakan alamat palsu bagi mendapatkan ratusan kuota bagi permohonan Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) terbongkar menerusi Ops Sapu di sekitar ibu negara, di sini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi selama dua hari itu dijalankan bermula kelmarin susulan risikan Bahagian Penguatkuasa selama sebulan.

Menurutnya, empat pemilik syarikat terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita, kesemuanya warga tempatan ditahan menerusi empat serbuan berasingan di sekitar ibu negara, di sini.

"Hasil risikan selama 30 hari dan bertindak atas aduan awam, naziran ke pejabat pengeluar dokumen dari enam buah negeri (membuat pemeriksaan).



"Susulan itu, pasukan operasi dari Bahagian Penguatkuasa JIM Kuala Lumpur digerakkan bagi menggempur premis syarikat di sekitar ibu negara dan ada juga majikan berkenaan yang dipanggil ke pejabat JIM bagi dirakam keterangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek yang dipercayai pemilik syarikat disyaki memalsukan beberapa dokumen permohonan dan mengemukakan alamat syarikat palsu.

Katanya, taktik itu digunakan suspek berkenaan dengan sengaja bagi mengaburi mata pihak berkuasa berhubung aktiviti mereka yang mendaftarkan ratusan buruh asing di dalam RTK 2.0 melalui syarikat milik mereka.

"Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan kes kerana dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(k), Akta Imigresen 1959/63 iaitu cubaan memperolehi untuk diri orang lain (pekerja warga asing) suatu pas dengan memberi kenyataan palsu.

"Semua majikan yang telah mendaftarkan pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk program RTK2.0 diminta segera hadir ke pejabat untuk menyelesaikan proses verifikasi bagi urusan pengeluaran permit sementara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arikat-palsu-rtk-20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.065857 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list