CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4056|Reply: 0

Dragusin turun kali pertama buat Spurs

[Copy link]
Post time 16-3-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Pemain pertahanan Tottenham dari Romania, Radu Dragusin ketika beraksi bersama Genoa dalam Serie A. – Foto REUTERS

LONDON: Ange Postecoglou mendedahkan Radu Dragusin akan diberikan peluang turun dalam kesebelasan utama Tottenham apabila menentang Fulham di gelanggang lawan awal pagi esok ketika Micky Van de Ven terlepas aksi itu kerana kecederaan.

Pertahanan tengah Romania itu terpaksa bersabar menanti peluangnya untuk menyinar sejak menyertai Spurs dari Genoa dengan harga £25 juta (RM149 juta) pada Januari lalu.

"Saya akan melenyapkan debaran mengenainya. Dia akan bermula esok," kata Postecoglou pada sidang akhbar praperlawanan awal pagi tadi.

"Ia satu peluang baik buatnya. Jelas kami membawanya masuk kerana terbukti kami ada masalah di bahagian itu dan dia bertindak cemerlang bagi tempoh setengah musim di Itali.


"Dia perlu bersabar dan saya katakan kepadanya ketika kami mengikatnya saya tidak boleh memberitahu bila dia akan mendapat peluang tetapi dia tetap akan mendapat peluang."

Dragusin menggantikan Van de Ven pada awal babak kedua ketika Tottenham membelasah Aston Villa 4-0 hujung minggu lalu untuk menghampiri kelompok empat teratas.

Anak buah Postecoglou boleh melonjak mengatasi Villa di tangga keempat Liga Perdana Inggeris jika menang di Craven Cottage dan warga Australia itu percaya Dragusin boleh membuat impak yang baik.

"Saya fikir dia boleh membawa sesuatu ke dalam pasukan. Dia seorang pemain pertahanan yang amat kuat, amat bagus dalam merebut bola dan saya fikir kami memerlukannya esok," jelas Postecoglou.

"Lebih daripada setengah jam sekurang-kurangnya memberikannya minit permainan yang diperlukan di tahap itu.

"Dia terdedah kepada satu pasukan yang amat bagus dan sesetengah pemain lawan yang amat bagus. Saya fikir ia akan membantunya esok, terutamanya pada awal perlawanan." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -pertama-buat-spurs
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 1.082212 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list