CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2613|Reply: 0

[Sarawak] Tilam dan bantal buruk tular barangan hendak dilupuskan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode


Antara gambar keadaan bilik asrama sekolah yang tularkan. - Gambar Facebook Mohd Firdaus Jailan

KUCHING: Tilam dan bantal buruk yang didakwa berada di bilik asrama sebuah sekolah di Serian merupakan barangan yang hendak dilupuskan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, barangan berkenaan masih menunggu surat kelulusan bagi tujuan pelupusan.

"Tilam yang ditularkan tersebut merupakan barang yang hendak dilupuskan dan menunggu surat kelulusan.

"Tilam, bantal dan asrama keseluruhannya adalah baik dan siap siaga menunggu kehadiran pelajar," katanya kepada The Borneo Post dan Utusan Borneo di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal Mstar pada Rabu, seorang bapa pelajar sekolah ketika menghantar anaknya ke asrama terkejut sebaik melihat keadaan bilik di asrama yang dihuni dua anak lelakinya yang masing-masing merupakan pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga.


Antara gambar keadaan bilik asrama sekolah yang tularkan. - Gambar Facebook Mohd Firdaus Jailan

Bapa pelajar itu mendakwa, bukan sahaja kain yang membaluti tilam koyak rabak, sebahagian isi tilam turut berlubang dan terburai.

Selain itu, beliau mendakwa bantal buruk dan busuk yang sudah bertukar warna serta menjijikkan.

Bagaimanapun menurut Dr Simon, perkara yang ditularkan itu ternyata tidak tepat.

"Ia tidak menggambarkan perkara yang sebenarnya berlaku di sekolah," tegasnya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan telah berada di sekolah terbabit seawal jam 6.40 pagi tadi bagi program Hari Pertama di sekolah peringkat Serian.

Kehadiran di sekolah itu disertai oleh wakil dari ibu pejabat polis Serian, pemanca serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbir sekolah.


Antara gambar keadaan bilik asrama sekolah yang tularkan. - Gambar Facebook Mohd Firdaus Jailan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.094963 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list