CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6635|Reply: 0

[Sarawak] Peruntukan bina pejabat baharu MPP tidak boleh diguna untuk tujuan lain

[Copy link]
Post time 15-3-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode


TAN KAI

KUCHING: Peruntukan RM60 juta daripada kerajaan negeri kepada Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi membina bangunan pejabat baharu dan tidak boleh digunakan untuk tujuan atau pembangunan lain.

Pengerusi MPP Tan Kai menegaskan perkara itu sambil menambah, peruntukan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri meningkatkan perkhidmatan perbandaran di seluruh Sarawak, termasuk MPP.

Menurutnya, bangunan baharu yang dicadangkan itu akan berfungsi sebagai hab penting bagi menyelaras perkhidmatan perbandaran di Padawan serta mengurangkan jurang antara majlis tempatan dan penduduk setempat.

"Pihak perbandaran tidak mempunyai hak atau kuasa untuk memperuntukkan semula atau menggunakan peruntukan yang telah diluluskan bagi kegunaan lain.

"Sebarang menaik taraf sistem perparitan yang dilakukan dalam bidang kuasa MPP bergantung terutamanya kepada pembiayaan yang disediakan oleh YB (wakil rakyat)," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Michael Kong, pembantu khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, agar peruntukan RM60 juta itu digunakan bagi 'urusan segera' di bawah seliaan MPP, bukannya membina bangunan pejabat baharunya.

Menurut Kong, MPP telah gagal melihat keperluan mendesak rakyat di kawasan pentadbirannya.

Mengulas lanjut, Tan Kai berkata sebagai sebuah majlis tempatan yang bertanggungjawab dan tertakluk kepada audit setiap tahun, sebarang pembiayaan untuk tujuan khas termasuk pembinaan bangunan pejabat baharu tidak boleh dipandang ringan atau untuk kegunaan lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050404 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list