CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5571|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak Skills diharap lahir modal insan berkemahiran tinggi

[Copy link]
Post time 15-3-2024 12:09 PM | Show all posts |Read mode


Sagah (dua kiri) diiringi Francis (kanan), Dayang Noorazah (tengah) serta yang lain semasa meninjau Kampus Sarawak Skills Cawangan Sri Aman semasa majlis pembukaannya pada Rabu.

SRI AMAN: Sarawak Skills diharap dapat melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi selari dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan pendapatan rakyat mencapai negeri maju menjelang tahun 2030.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat merebut segala peluang yang disediakan bagi meningkatkan pendapatan dan ekonomi menggunakan teknologi digital.

Menurutnya, menerusi pembinaan Sarawak Skills sekarang diharap dapat menyasarkan 20 peratus graduan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

"Pada masa sekarang cabaran pekerjaan semakin dinamik dan oleh itu untuk berdaya saing dan kekal relevan, Sarawak Skills perlu juga memberi keutamaan kepada pendidikan yang responsif terhadap ekonomi berasaskan kemahiran dan pengetahuan," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan cawangan baharu Sarawak Skills dan Majlis Penutupan Program Pembangunan Pemacu Komuniti di Kampus Sarawak Skills Cawangan Sri Aman, pada Rabu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis berharap Sarawak Skills Cawangan Sri Aman dapat membantu komuniti setempat, belia, lepasan sekolah yang tinggal di sekitar bahagian ini untuk meningkatkan tahap kemahiran.

"Jika peluang di dalam Sarawak Skills ini diceburi oleh anak-anak muda, lepasan sekolah dan belia, kemahiran tinggi dapat dinikmati dan ia secara tidak langsung akan mengubah serta meningkatkan taraf kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik dan mampan," jelas beliau.

Pengarah Eksekutif Sarawak Skills merangkap Gabungan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) Hallman Sabri pula menjelaskan, pada masa sekarang 80 peserta menyertai tiga kursus jangka pendek.

Jelasnya, ini meliputi 40 peserta Kursus Asas Penanaman secara 'Nutrient Film Technique' (NFT) Hidroponik, 20 peserta Kursus Asas Pembuatan Roti Bun dan Pastri, manakala 20 lagi menyertai Kursus Asas Jahitan Selampai Burie.

Beliau menambah, program seumpama ini bertujuan untuk memberi pendedahan atau kemahiran kepada komuniti setempat dan pelajar lepasan sekolah.

Selain itu, Sarawak Skill Cawangan Sri Aman akan menawarkan empat jenis kursus sepenuh masa merangkumi Kursus Elektrik, Perladangan, Sistem Komputer dan Kulinari yang dijangka bermula Jun ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Pengerusi Sri Aman Development Agency (SADA) Sri Aman Datuk Seri Rohani Abdul Karim Karim, Setiausaha Tetap MEITD Datuk Azmi Bujang serta yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054870 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list