CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8772|Reply: 0

[Sarawak] Mangsa terakhir tragedi bot karam di Kapit belum ditemui

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:42 AM | Show all posts |Read mode


Pasukan SAR giat mencari mangsa terakhir tragedi bot karam yang memasuki hari ketujuh hari ini.

KAPIT: Pencarian mangsa terakhir insiden bot karam di Kapit memasuki hari ketujuh hari ini namun pasukan mencari dan menyelamat (SAR) belum berputus asa, sebaliknya akan terus berusaha meningkatkan kekuatan aset pasukan yang terlibat di lokasi pencarian.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie, pencarian mangsa terakhir iaitu Iskandar Ibrahim, 28, masih gagal setakat jam 5.30 petang tadi.

Katanya, pencarian akan diteruskan dengan melibatkan Unit Pengesan K9 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian yang dijangka akan menyertai operasi pencarian hari ini.

"Kita telah mengerahkan pasukan Unit Pengesan K9 dari BBP Serian di mana dua pegawainya akan membawa bersama seekor anjing pengesan bernama 'Bella'.
"Mereka telah bertolak ke Kapit dari Serian pada jam 10.55 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Unit Pengesan K9 dijangka akan menyertai operasi SAR hari ke-8 pada esok.

Selain itu, katanya operasi pencarian juga dijangka melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon 4 Sibu.

"Pasukan PPDA Zon 4 Sibu telah diarahkan untuk bersedia dan akan turun untuk terlibat dalam operasi pencarian sekiranya keadaan memerlukan," jelasnya.

Sementara itu, operasi SAR yang dijalankan hari ini melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Dron PDRM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu, Pejabat Residen Kapit, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan ahli keluarga mangsa.

"Operasi hari ini ditangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung semula esok," tambah beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057766 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list