CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8538|Reply: 0

[Sarawak] Mendiang Sarjan Jonathan Lambet selamat dikebumikan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:37 AM | Show all posts |Read mode


Jasad Jonathan bersedia untuk diturunkan ke tanah di Tanah Perkuburan Kampung Stenggang di Bau pada upacara pengebumian pagi tadi. - Gambar Chimon Upon
KUCHING: Jasad mendiang Sarjan Jonathan Lambet selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Stenggang di Bau selepas disembahyangkan di Gereja Katolik St Teresa Avila di kampung tersebut, pagi tadi.

Mendiang merupakan salah seorang daripada lima mangsa insiden bot terbalik selepas terperangkap dalam pusaran air ketika mengangkut bahan letupan berhampiran SK Lepong Baleh, Sungai Baleh pada Khamis lalu sekitar jam 5 petang.

"Upacara pengebumian berjalan lancar dan akhirnya dia (Jonathan) selamat dikebumikan di kampung halamannya sendiri," kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata ketika ditemui selepas upacara itu.


Adik-beradik Jonathan (dari kiri) Juita, Christina dan Roselyn Lambet melihat potretnya selepas upacara pengebumian pagi tadi. - Gambar Chimon Upon

Kata Mancha kira-kira 100 keluarga, rakan dan rakan sekerja menghadiri upacara pengebumian mendiang.

"Ketika ini, hanya seorang mangsa, Koperal Iskandar Ibrahim dari Kelantan masih hilang.

"Kami berharap pasukan mencari dan menyelamat dapat mengesan mangsa yang masih belum ditemui," kata Mancha.

Turut ditemui ialah kakak sulung Jonathan, Christina Lambet yang berkata mendiang merupakan seorang yang baik dan suka menolong orang lain.

"Ini lebih-lebih lagi apabila dia merupakan anggota yang bertanggungjawab menjaga kebajikan di tempatnya bertugas sejak tahun lalu," kata Christina.

Menurutnya, kebanyakan anggota terutama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit menyifatkan mendiang sebagai seorang yang sangat membantu.

"Sebab itu semua orang sangat sedih. Saya terkejut apabila menerima berita kemalangan bot itu," kata Christina yang segera ke Kapit selepas menerima berita itu.
Di Kapit katanya, beliau telah ditunjukkan lokasi pusaran maut yang menyebabkan bot itu terbalik dan menarik semua mangsa ke dalam air.

Beliau menambah, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian itu ialah Moses Ngui, yang diselamatkan oleh pemandu dan penumpang sebuah bot panjang yang melalui tempat kejadian.

"Yang (Moses) itu diselamatkan kerana tangannya masih terkapai-kapai apabila bot panjang itu lalu dan pemandu bot itu berjaya menariknya," kata Christina.
Mendiang Jonathan meninggalkan seorang isteri, Cynthia D'Silva dan seorang anak perempuan berusia 22 tahun, Claudia.

Difahamkan, Jonathan merupakan anak kedua bongsu dalam kalangan lapan adik-beradik, terdiri daripada lima aperempuan dan tiga lelaki.

Dua abang dan bapanya yang telah meninggal dunia juga merupakan anggota polis yang berdedikasi.

Turut hadir pada upacara pengebumian itu ialah ketua-ketua dari pelbagai jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, Ketua Polis Daerah Bau DSP Jawai Francis Kempas dan Ketua Polis Daerah Lundu DSP Damataries Lautin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.147469 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list