CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2009|Reply: 0

[Sarawak] Terapi fizikal berperanan tingkat mobiliti kanak-kanak kurang upaya

[Copy link]
Post time 14-3-2024 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-3-2024 06:00 AM



Para hadirin dan tetamu kehormat bergambar bersama selepas sesi ceramah kesihatan tersebut.

MIRI: Terapi fizikal seperti senaman memainkan peranan penting dalam meningkatkan mobiliti, kekuatan otot dan pergerakan kanak-kanak kurang upaya yang menghadapi masalah kecacatan saraf, kata ahli fisioterapi dan Pakar Neurologi Kanak-Kanak Dr Dayna Pool.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk 'Kemajuan Intervensi Terapeutik Untuk Kanak-Kanak Kurang Upaya' di sebuah hotel di sini, Isnin lepas.

Ujarnya lagi, terapi fizikal menawarkan pelbagai faedah yang dapat membantu kanak-kanak yang mengalami kecacatan saraf termasuk kanak-kanak yang mengalami kondisi seperti cerebral palsy.

Beliau menambah, kanak-kanak kurang upaya menghabiskan sebahagian besar duduk tanpa aktiviti fizikal seperti berjalan, mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan, penurunan mobiliti dan kelemahan otot.

Oleh itu kata beliau, matlamat utama terapi fizikal adalah untuk meningkatkan mobiliti dan kekuatan otot kanak-kanak.

Di Healthy Strides Foundation, para ahli terapi menggunakan pelbagai teknik seperti senaman fizikal yang membawa kepada peningkatan yang ketara kepada pergerakan kanak-kanak dalam masa beberapa minggu sahaja.


Terapi fizikal membantu menguatkan otot dan membolehkan kanak-kanak berjalan dengan lebih lancar, tambahnya.

Ceramah kesihatan yang dianjurkan oleh SOP Foundation itu dihadiri ibu bapa dan penjaga, bertujuan memberi penerangan tentang rawatan dan pendekatan terkini untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan saraf.

Dr Dayna merupakan peneraju klinikal di Healthy Strides Foundation.

Beliau juga merupakan pengarah dan pengasas Therapists Abroad dan seorang fellow penyelidik pascakedoktoran di Curtin University di Perth, Australia Barat.

Tetamu kehormat termasuk Datuk Bandar Miri Adam Yii serta ahli lembaga pemegang amanah SOP Foundation iaitu Paul Wong dan Eric Kiu.

Ceramah disusuli dengan jamuan makan malam, sesi perkongsian dan sesi soal jawab bersama Dr Dayna.

Healthy Strides Malaysia merupakan klinik penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah kecacatan saraf.

Pusat terapi dan pemulihan Healthy Strides Malaysia di Miri terletak di No.288, Jalan Brighton Off Jalan Temenggong Oyong Lawai Jau di sini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://healthystridesmalaysia.com.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.054129 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list