CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6157|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penjual kereta perdaya warga emas dalam urusan pembelian kereta mewah didakwa

[Copy link]
Post time 13-3-2024 04:17 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Seorang penjual kereta didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu warga emas berhubung urusan pembelian kereta mewah jenis Ford Mustang dan Mercedes E250 Coupe, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, GK Jaya Sharma, 47, mengaku tidak bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu dengan memperdayakan peniaga makanan Mohd Robiei Wong Abdullah, 72, untuk mempercayai tertuduh boleh menawarkan dua kereta itu sehingga mendorong mangsa membuat pembayaran sebanyak RM122,000 kepada tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai Penchala di sini pada 11 Mac 2021.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin manakala peguam B Sarathbala yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum antara RM2,000 hingga RM3,000 dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Azrul membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 April untuk sebutan kes.

Sementara itu, di mahkamah sama, pemandu e-hailing Muhammad Hafiz Jamil, 39, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan pelaburan saham tidak wujud yang bertentangan dengan Seksyen 420 Kanun Keseksaan di sebuah premis di Solaris Mont Kiara 2, Jalan Solaris di sini pada 26 Disember 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 120B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 April ini untuk sebutan kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... belian-kereta-mewah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.331120 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list